share
Ibuku part 2 : Adakah ada hari esok kita bertemu lagi?
Pagi ni atok chin bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi buat anak-anak dan juga suaminya. Suasana nyaman di pagi hari cukup menyegarkan dan atok lelaki pun sudah duduk didepan rumah sambil mengira-ngira dengan siapa dia akan berjumpa untuk meluahkan isi hatinya berkenaan anak yang baru dilahirkan itu.
'Mana ayah hendak pergi mak pepagi dah bersiap-siap tu." Tanya anak atok chin yang sulong ketika atok sedang menggoreng nasi didapur.
'Ayah kamu hendak pergi keseberang kampung sana mencari rezeki dan nak jumpa kawannya disana'. jawab atok chin dengan matanya merenung sayu kearah anaknya itu.
'Saya dengar ayah nak serahkan adik yang baru lahir itu kepada orang lain yea mak'. Tanya lagi anaknya itu kepada ibunya.
Semalam ketika atuk chin berbincang dengan atok , anak sulong itu mungkin terdengar perbualan mereka itu. Anak sulong nya itu merasakan seperti ada sesuatu yang mereka bicangkan itu akan memisahkan kasih dengan adik barunya itu.
'Kita keluarga miskin , ayah kamu sedang fikirkan bagaimana untuk menyediakan adik baru kamu itu dengan hidup yang lebih terjamin, kamu pergi mandi dulu nanti kita makan sesama yea'. Atok chin cuba untuk menenangkan anaknya itu untuk tidak fikir yang bukan-bukan.
jeti kampung kota kini. |
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Atok lelaki sudah bersiap sedia untuk menjalankan misinya yang berat dihati untuk di laksanakan. Berpakaian kemeja lengan pendek berserta seluar khakis paras lutut, dia akan cuba selesaikan berkenaan dengan anak yang baru lahir itu hari ini sebolehnya.
'Syg! abg pergi dulu yea, jaga anak-anak kat rumah baik-baik'. Seru atok kepada isterinya yang menyidai kain ditepi rumah.
'Yea bang, hati-hati kesana tu'. Jawab atok chin pendek.
Anak-anak atok chin ada 5 orang yang tinggal bersamanya. Mereka sedang duduk-duduk didepan rumah sambil menjamah sarapan yang disediakan oleh atok.
'Kenapa ayah nak berikan adik kita ini kepada orang lain yea'. Tanya anak no 3 kepada abang sulongnya.
'Abg pun tak tahu dik, abg pun tanya gak benda ini tadi dengan ibu, tapi ibu cakap ayah nak adik kita ini hidup selesa, itu jer ibu cakap'. Kata abg sulongnya itu.
'Baru jer kita dapat adik baru perempuan ini, belum lagi nak bermanja-manja dah ayah nak bagi pada orang lain, sedih la pulak rasanya'. Adik no 3 itu meluahkan hatinya dengan matanya merenung adik barunya itu didalam buaian.
'Emak cakap , kita orang susah, anak ramai nanti takut ada anak-anaknya nanti tidak dapat makan dan tidak dapat sekolah, belanja semuanya besar'. Sampuk adik no 2 yang tiba-tiba bersuara dari tepi tanga depan rumah.
Atok chin pasang telinga sahaja ditepi rumah ketika menyidai kain basuhan keluarganya. Dia juga terasa betapa anak barunya itu istimewa buatnya dan juga buat abg-abgnya. sudahlah anak perempuan pertamanya diberi kepada keluarga melayu sebelum ini dan sudah tidak kemana berada dia sekarang.
Kali ini dapat lagi anak perempuan dan keadaan kewangan keluarga masih juga tidak berubah, atok chin dan atok terpaksa buat lagi sekali pilihan untuk masa depan anak barunya itu.
'ah teng, tolong bawakan bakul baju ni keatas yea, dah kering dah baju tu takut karang hujan pulak'. jerit atok di dapur belakang rumah menyuruh anak sulongnya mengangkat kain dijemuran yang sudah kering di waktu petang tersebut.
Sekejap lagi atok lelaki akan pulang kerumah setelah seharian kepada kampung kota sana dengan urusan yang telah direncanakan. Samada jadi atau tidak , kepulangan atok laki ada jawapannya. Debar atok chin semakin kuat, serba salah dan kasih sayang serta keperluan itu dan ini bermain difikiran. Rasa seperti ada benda yang tersangkut didadanya yang sukar hendak diluahkan.
Anak-anaknya sedang bermain diluar rumah dan mereka juga sedang tunggu ayah mereka pulang bawa makanan serta berita dari seberang sungai sana. Jam ditangan menunjukkan sudah pukul 6.15 petang. Mungkin atok laki akan sampai bila-bila masa sahaja.
'Yeah ayah balik, ayah balik!' . Anak-anak atok chin berlari menuju ayahnya yang nampak dari kejauhan. Penuh tangannya membawa barangan buat keluarga untuk hari itu.
Atok chin semakin erdebar. Apakah berita yang hendak dibawa oleh suaminya sekejap lagi. Anak barunya itu sedang tidur dibuaian seperti menunggu-nunggu kepulangan ayahnya juga. Kemana hala masa depan anak baru atok chin ini masih lagi belum tahu.
'Abg dah balik !' Tanya atok chin kepada suaminya seusai sampai di kaki tangga rumahnya.
'Yea sayang, abg ada bawak sedikit bekalan untuk keluarga kita, simpanlah yea'. Atok laki terus buka kasut dan duduk dikaki tangga sambil merenung jauh kehadapan dipetang yang hening itu. Seperti ada sesuatu yang berat hendak di ceritakan pada isterinya..
'Sayang, mari sekejap!'... atok laki memanggil isterinya yang berkemas barangan didapur..
bersambung...
Tiada ulasan