share
Hidup mesti keras
Assalamualaikum
Bila malam menjelma, bila anak2 semua dah masuk tidur, tinggallah aku seorang diri di depan laptop ini. Kepala terasa seperti berpusing-pusing sakit adanya. Terasa seperti ada batu yang terselit didalam kepala aku ini.
Teringat ayah aku yang telah pergi buat selamanya 5 tahun yang lalu. Bila melihat gambar perkahwinan ayah dan ibu aku didinding rumah ibu aku, aku boleh bayangkan saat gembira mereka melangsungkan perkahwinan mereka ketika itu. Ialah saat-saat awal perkahwinan mestilah dunia ini indah belaka.
Bila anak-anak sudah mencapai 10 orang yang ketika itu kecil2 lagi, ayah sudah tidak memikirkan akan dirinya lagi. Semua perkara yang dilakukannya adalah demi membesarkan anak-anaknya itu . Segala macam pekerjaan dilakukan baik dengan kerja hakiki mahupun yang bukan hakiki dan akulah antara yang banyak membantu ayah dalam membesarkan adik beradik aku semua itu.
Kini aku tersedar dari lamunan. Aku pula sekarang mengganntikan tempat ayah pada keluarga besar aku ini. Anak2 sudah menjejak 7 orang. Yang 3 sudah pun melepasi dunia pendidikan formal dan bertugas diutara semenanjung. Mereka sudah ada dunia mereka sendiri yang perlu di jalani sebaiknya.
Yang masih dengan aku ada 4 orang yang masih kecil2 lagi. Semua nya kini berada dibangku sekolah iaitu sekolah rendah. Banyak belanja harian yang perlu dibereskan terutama pada sesi persekolahan mereka setiap hari. Walaupun aku tiada kerja hakiki yang boleh mendapat pendapatan tetap bulanan, aku teruskan kehidupan dengan sedaya mampu yang mungkin. Pelbagai pekerjaan aku lakukan demi mencari jalan keluar untuk hidup yang lebih sempurna.
Aku juga perlu faham, pada dewasa ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan pendapatan wang dari anak-anak walaupun mereka sudah bekerja. Ini kerena pendapatan yang mereka ada itu terkadang hanya cukup untuk mereka jalani kehidupan mereka sendiri. Terasa malu untuk aku meminta-minta dari mereka anak-anakku yang sudah bekerjaya dan terkadang mereka pula yang memohon bantuan kewangan dari aku ..
Benarlah kata orang-orang lama, bahawa hidup ini keras dan kita mesti juga berhati keras. Atas amanah yang aku tanggung kini, aku cekalkan hati untuk lakukan pelbagai pekerjaan dalam menyara kehidupan ini bersama anak2 yang masih kecil ini. Setiap amanah yang diberi itu pasti Allah akan berikan juga akan penyelesaian yang mampu kita pikuli walaupun logiknya seperti tidak terungkap.
Aku juga ada kedai online aku di plarform SHOPEE. Pelbagai barang aku jual disana sementelah siangnya aku merayau di kota raya mencari rezeki. Terkadang banyak dan terkadang seadanya. Berapa pun Allah berikan aku pada hari itu, aku pasti akan bersyukur dengan nikmatnya dek kerana semua itu adalah ketentuannya dari azali lagi.
Sejak dua menjak ni Allah telah lorongkan kedai shopee aku dengan jualan yang memberangsangkan. Produk jualan aku tetiba ramai yang membelinya. Produk kraftangan orang kita kini menjadi barang yang dicari oleh ramai orang kita dari seluruh negara.
Inilah produk jualan aku yang mendapat perhatian di kedai SHOPEE aku. Lama dah aku menjual produk kraftangan ini dan baru ni menjadi perhatian para pembeli disitu. Ada model rehal yang sudah habis stok dan sukar pula hendak mendapatkan pembekal yang membuat model sebegitu lagi..
Begitulah kisah aku dikala ini diwaktu malam sedang menganjak larut. Sambil memantau jualan di kedai SHOPEE aku, sambil memikirkan apa lagi yang harus aku lakukan dalam mengejar impian didunia fana ini. Walaupun badan sudah tidak sekuat dulu, semangat masih lagi utuh untuk meneruskan kehidupan bersama anak2 yang masih kecil dirumahku ini.
Semua yang ada adalah dari Rahmat dan RahimNya.
Jika ada yang mencari produk2 kraftangan seperti diatas , bolehlah lawati kedai Shopee aku di link bawah ini.
Sokongan dan doa kalian adalah kekuatan buat kami sekeluarga..Ameen
wallahuaklam
jauh sudak kukembara
Tiada ulasan