Domain name aku sudah 'dicuri' !


 Sedih

Terlupa nak renew DOMAIN name website yg aku ciptakan sejak 10 tahun lalu, yg expiry date setiap bulan may , hari ni aku nak renew tengok2 dah tak boleh renew. Selalu walaupun lambat renew, domain name tu memang available sentiasa sebab tak der sapa nak pakai pun nama mcmtu.

Bila aku tanya kan pada service provider yg jaga domain name aku itu kenapa aku sudah tak boleh beli lagi nama tu, dia bagtau nama domain tu sudah dilelong dan sudah ada pembelinya.. 🥲.


Dia pun tunjuk screen shot yg nama domain aku itu sudah dilelong dengan harga yg tinggi dalam USD. Dia kata lagi kalau aku nak juga nama tu aku kena deal dgn empunya baru domain name tu. Fuhhh ! Tinggi sungguh harga yg dibida utk mendptkan domain name rekaan aku itu. Aku beli nama tu dulu cuma rm45 shj setiap tahun, hari ni harga domain aku sudah mencecah melebihi USD800 iaitu bersamaan rm3700 lebih...

Aku kalau nak pakai nama tu kena beli lebih dr harga tu. Mana mampu dah.. lama aku pegang nama tu sejak aku mula berkecimpung dlm dunia website ni. Rupanya ada mata2 yg menunggu utk 'rampas' domain name aku itu ketika aku alpa..


Begini caranya mereka main jual beli domain name ni rupanya. Ibarat spt jual beli rumah dipasaran sifatnya. Kena dgn lokasi dan timing, harga rumah pasti akan naik mendadak. Bayangkan kos utk setup domain name aku cuma rm45 shj, ada broker boleh jual domain aku itu dgn harga rm3700 lebih ketika ini. Berapa ratus % dia kaut keuntungan dr hasil aku itu.

Pasrah dan redha shj ... sudah tertulis ianya bukan milik ku lagi walaupun ianya 'membesar' ditangan aku sejak dari mula 'dilahirkan'. Banyak maksud yg ada disebalik nama domain tersebut. Ianya dicipta atas simbolik yg hadir dlm hidup ini.

Salah aku juga...
Pergi tak kembali.
Wallahuaklam
Jauh sudah kukembara






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.