Hanya AYAH yang tahu akan tugas berat itu

 


Assalamualaikum
Hari ini, macam biasa aku akan pusing-pusing sekitar lembah kelang mencari rezeki di kota raya ini yang kelihatan agak keras sifatnya. Tak semua mampu lakukan kerja seperti aku ini yang memerlukan kudrat dan semangat yang kuat untuk menjayakan pencarian ini.

Sesampai aku di sekitar Subang Perdana, aku terlihat sahabat lama aku sedang menyusun-nyusun barangan jualannya ditepi kaki lima bank disitu. Lama aku tidak berjumpa dengan sahabat sejiran sesurau aku dulu itu sejak aku berpindah keluar dari penempatan kami disubang.

'Abg din, lama tak jumpa la, aduhhh rindu la yop'. Sergah aku kepada abg din sahabat aku itu ditepi kaki lima bank tersebut.
'Lama kau menghilang yop, geng kariah ramai tanya kau kemana menghilang selama ini'. Tanya abg din ketika berjabat tangan bersalaman.

Dah hampir 10 tahun aku keluar dari kawasan perumahan bersamanya itu. Walaupun duduk berjauhan, tapi kenangan bersama mereka semua amat aku ingati. Ialah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja.

Surau Arrazi Subang 2

Lama abg din berniaga dikaki lima bank tersebut. Menurutnya dia sudah hampir 15 tahun berniaga di tapak tersebut. Ada pasang surut dan onak ranjau sepanjang berniaga disitu. Semuanya abg din tempoh dengan tenang dan bertawakkal.

'Saya biasa kena saman sini , anggap jelah bayar sewa bulanan dengan majlis'. Cerita abg din bila aku bertanya tiada orang komplain ke niaga di situ.

Menurut kisahnya, sudah 5 pengurus bank tersebut bertukar orang tapi dia tetap tabah menjalani kehidupan berniaga disitu. 

'Selagi saya tak mencuri harta orang, tak menipu orang dan tak scamm orang, saya akan terus niaga disini, biarlah apa orang kata yop!'. Sengih abg din meneruskan kisah hidupnya yang bergelumang dengan 1001 ujian kehidupan.

Menurut kisahnya, dia berniaga 7 hari seminggu sepanjang tahun melainkan ada emergency ataupun pada musim raya. Baginya duduk di kaki lima mencari rezeki lebih tenang berbanding duduk dirumah membuang masa. Anaknya ada seorang dan sudah besar panjang dirumah sana.

'Anak saya ini entahlah nak cakap apa yop, hari tu saya dah masukkan dia kekolej diJohor sana, konon dia nak mengaji demi masa depannya, sekali saya dah berhabis modal semua, selang 2 minggu dia balik pulak. Pening aku yop'. Kelihatan pudar muka abg din mengisahkan tentang anak sorang nya itu.

'Lani dia kerja hantar makanan, tapi tulah dia kerja ikut mood dia. Bila tak der duit dia keluar la kerja, bila ada duit sikit, dia dok rumah melepak main game'. Cerita abg din lagi.

Itulah bezanya cara fikir seorang ayah berbanding seorang anak. Bagi ayah seperti abg din ini, tiada istilah malas dalam kamus hidupnya. Selagi ada kederat , selagi itu lah dia akan keluar berniaga dikaki lima itu. Panas ke hujan ker, ribut ke dia pasti akan keluar berniaga. Baginya rezeki perlu dicari kerana tiada siapa yang akan datang memberi rezeki begitu sahaja tanpa kerja.

Tapi bagi seorang anak, cara fikir dia berbeza. Dia merasakan selagi ada ayah dan ibu , dia rasa selamat kerana makan dan minum sudah tersedia dirumah. Lalu tidak perlu berusaha beria-ria kerana segala keperluannya sedia disediakan oleh ayah dan ibunya itu.

'Bang talipinggang ini boleh kurang tak sikit'. Tanya seorang pelanggan pakistan ketika aku dan abg din sedang berbual-bual. 
'Rm20 boleh la bai, kira jadi sajalah'. jawab abg din sambil membungkus talipinggan yang dibeli oleh pelanggannya itu.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga kita semua terus kuat untuk menghadapi ujian demi ujian diatas muka bumi ini sehinggalah kita dipanggil balik olehNya nanti.

Kita kena bangunkan generasi kita kehadapan agar mereka tidak lagi membuang masa dalam perkara yang merugikan kehidupan mereka dan juga merugikan generasi bangsa kita seterusnya.

Wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.