Patah sayap bertongkat paruh !

 


Sebuah kisah nyata untuk tatapan semua.

Pagi ini aku dikejutkan dengan satu panggilan yang tidak aku ketahui empunya siapa
nombor yang terpapar di hp aku. Jarang ada orang yang call aku melainkan whatsapp sahaja yang biasa aku terima.

'Hello, ni cikgu daud ker?' Tanya suara dihujung talian.
'Yea bang, siapa ni yea?' Tanya aku.
'Ni pakcik rahim ni, saya dapat nombor cikgu ni daripada mr lee di Pulau Pinang sana'. Jawab pakcik tu dengan suara yang agak ceria.

Baru aku teringat bahawa ada boss aku di Pulau Pinang sana yang bercerita tentang pakcik ini yang ingin menambah peralatan mesin kunci dipremis jualan nya.

'Saya ni diminta oleh mr lee tu untuk belajar mesin kunci dengan cikgu daud ni, boleh ke?' Beritahu pakcik rahim bersungguh-sungguh.

'Yea pakcik, saya pun ada dapat berita dari pihak boss saya sana berkenaan kisah pakcik semalam.' Jawab aku mengiyakan pertanyaannya.

'Jadi pakcik tengah tunggu mr lee pos barang kepada cikgu daud , lepas tu saya datang tempat cikgu untuk belajar mesin baru tu'. Cerita pakcik lagi meminta aku jadi gurunya untuk memajukan bisnes kunci beliau.

'Pakcik buka kedai dimana yea?'. Tanya aku mendapatkan kepastian akan bisnes kunci beliau itu.
'Pakcik buka tepi jalan jer, nanti pakcik sharekan gambarkan kedai pakcik itu yea'. Bersungguh pakcik tu bercerita berkenaan dengan bisnes yang beliau ceburi dalam dunia locksmith ini.

Setelah berapa minit kami menamatkan perbualan, pakcik rahim telah hantar satu gambar ke whatsapp aku.
'Wahhh!!!! pertama kali aku lihat kedai kunci 'drive tru' macamni'. Bisik hati aku ketika melihat gambar gerai kunci pakcik rahim ini. 

Panjang kami berborak berkenaan dengan bisnes kunci pakcik rahim tersebut. Jatuh bangunnya dalam perniagaan cukup mengujakan aku mendengarnya. Bukan mudah untuk bangun dari kejatuhan sebuah perniagaan , ianya memerlukan keringat dan semangat juang tinggi untuk terus survive dalam dunia serba mencabar ini.

'Pakcik awal bulan depan kena pergi serawak lihat anak pakcik konvo disana, jadi lepas pakcik balik dari sana baru dapat jumpa cikgu daud untuk belajar potong kunci,boleh yea cikgu?'. Pakcik begitu bersemangat nak belajar potong kunci dengan aku nampaknya.

'InsyaAllah pakcik, jika Allah izinkan nanti pasti saya akan saya kongsikan ilmu dengan pakcik nanti, saya doakan semua urusan pakcik ke serawak dipermudahkan nanti,ameen'. 
Titip doa aku buat pakcik yang masih kuat mencari rezeki buat keluarganya di bumi Pahang ini.

Umur tidak menghadkan impian seseorang, semakin banyak usia kita semakin kita ketahui bahawa sesaat yang berlalu itu pasti ada harganya yang perlu di bayar. Tiada lagi istilah buang masa mahupun berpoya-poya buat yang tahu kemana arah hidup kita ini hendak tuju.

Maka tepatlah pepatah melayu dulu 'Patah sayap bertongkat paruh'. Betapa berat ujian yang datang, jiwa tetap kuat untuk menggalasnya walaupun keseorangan.

Wallahuaklam
Kepada yang teringin nak belajar potong kunci sendiri dan berjinak2 dengan dunia locksmith ini, bolehlah klik pada link dibawah ini..

http://www.kuncimodayu.weebly.com


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.