niaga
Disebalik cita-cita ada tersimpan misi tersendiri.
Assalamualaikum
Setiap orang ada impian tersendiri dalam hidup mereka dan tak semua impian kita itu sama walaupun hujungnya itu sama iaitu ingin bahagia dan berharta. Impian yang kita hasrat itu terkadang sukar untuk direalisasikan dan ada yang senang untuk mendapatkannya. Semua itu mengikut keupayaan masing-masing.
Tajuk kali ini aku ingin kongsikan kisah 2 insan hebat yang telah aku temui dan sama-sama santuni dalam memahami impian mereka tersendiri. Untuk itu aku mulakan dengan kisah pakcik rahim kita dari kuantan sana.
Ini adalah pakcik rahim seorang pengusaha kedai kunci tepi jalan yang terkenal ditempatnya di Balok sana. Sudah hampir 2 tahun beliau mengusahakan bisnes ini seorang diri. Panjang kisah pak cik rahim tentang bagaimana dia memulakan bisnes ini sehingga hari ini. Jerih payah beliau mengusahakan bisnes ini memang memberi inspirasi kepada sesiapa yang mendengarnya.
Bermula sebagai usahawan bingkal gambar di kuantan sana, dari sebuah kedai dengan pelbagai barangan dan alatan yang dimiliki, bisnes yang berjalan tenang sebelum itu tiba2 dilanda badai dek kerana perintah PKP ketika zaman covid19 dulu. Pelbagai cara dan idea oleh pakcik dalam untuk bertahan akan bisnes dia itu ialah dengan sewaan kedai serta gaji pekerja, akhirnya pakcik rahim terpaksa mengalah atas faktor ketidakmampuan bisnes untuk terus hidup.
Berat hati pakcik rahim meninggalkan perniagaan yang diusahakan sekian lama itu kepada saudaranya yang mengambil alih perniagaan tersebut. Setelah itu pakcik rahim mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji untuk menampung hidup beliau dan keluarga. Pakcik rahim juga merupakan bekas orang atasan dalam sebuah NGO anti dadah di Pahang sana.
Setelah setahun berkerja makan gaji, beliau merasakan bahawa tiba masanya untuk beliau berhenti. Beban kerja dan tekanan seperti tidak membahgiakan hidup pakcik ketika itu. Berkat ilmu yang dipelajari sebelum itu dalam bidang kunci, beliau gagahkan hati untuk buka sebuah kedai kunci berkonsep warong.
Hari ni (8/11/2024) mesin yang beliau tempah itu sampai ketempat aku dan pakcik perlu belajar sedikit cara penggunaan mesin tersebut. Dengan ilmu yang aku ada ini, aku beri sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk memotong kunci menggunakan mesin baru beliau itu. Seronok pakcik rahim bila tahu selok belok menggunakan mesin beliau itu.
Walaupun usia pakcik rahim sudah melangkaui angka 60 tahun lebih, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bisnes terutama bisnes locksmith ini. Biarlah pakcik seolah telah kalah dalam bisnes frame gambar, tapi impian beliau utk terus maju dalam perniagaan tidak pernah luntur walau umur mengenjak umur senja. Demi menguruskan sebuah keluarga beliau itu agar hidup lebih sempurna, maka pakcik kena kuatkan hati dalam meneruskan kelangsungan hidup di tanah tercinta ini.
________________________________________________
Kisah kedua pula juga seorang bakal usahawan yang sedang berkira-kita untuk pulang kekampung halamannya setelah lama hidup diperantauan.
Abg sani kita ini orang kelantan dan kini bertugas di Dengkil Selangor sana. Lama beliau bertugas disitu lebih kurang 11 tahun dan selama itulah beliau hidup berjauhan dengan isteri dan anak tercintanya di Gua Musang kelantan sana. Beliau akan pulang kekampung halaman setiap 2 minggu sekali dan ini adalah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan mudah untuk meninggalkan keluarga jauh-jauh begitu tetapi atas desakan hidup mereka suami isteri terpaksa bersetuju dengan situasi berjauhan ini. Anaknya membesar dalam keadaan dia duduk jauh diperantauan pasti mengundang rindu yang tidak tertahan. Sebagai seorang ayah , walau sekuat mana seorang lelaki pun pasti akan rasa kerinduan terhadap keluarga sendiri yang berjauhan.
Abg sani kita sedang mencari-cari jalan untuk pulang kekampung halaman nya dan tinggal terus disana. Untuk pulang begitu sahaja pasti memeritkan rasa. Oleh itu beliau mencari-cari apa peluang perniagaan yang boleh beliau ceburi untuk dibawa pulang ke GM Kelantan nanti dan dengan bisnes itu nanti dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga disana.
Isteri dan anak abg sani sentiasa menanti kepulangan abg sani setiap hari, tapi keadaan tidak mengizinkan buat masa ini. InsyaAllah bila peluang itu hadir nanti pasti abg sani akan bawa diri pulang kepangkuan keluarga di kampung sana.
Impian abg sani sekarang hanya satu sahaja, iaitu ingin bekerja dikawasan yang beliau dapat pulang kerumah hari2 tanpa gagal. Oleh itu beliau hari ini hadir untuk mempelajari bisnes kunci ini dan bertekad akan membuka sebuah kedai kunci dikampung halamannya di Gua Musang sana nanti insyaAllah.
Itulah kisah impian2 sahabat kita di negara kita yang bertuah ini. Masing-masing ada cara dan impian dalam membahgiakan diri dan keluarga. Setiap misi yang diimpikan itu memerlukan strategy dan skill untuk menjadikan impian itu dapat direalisasikan.
Semoga impian kedua sahabat kita itu dipermudahkan dan diberi kehidupan yang bahgia dunia dan akhirat. Ameen.
Ingin mempelajari dunia locksmith ?
klik pada link dibawah ini.
Tiada ulasan