3 panglima sudah tewas tapi perjuangan makin menguat !!!

 


Syahidnya di cemburui

Hari ini dikhabarkan bahawa panglima Hamas Yahya Sinwar tewas terkena ledakan bom yang dihalakan ketempat persembunyian beliau. Ianya amat menyedihkan buat para pejuang AGAMA ISLAM dibumi Palestine sana. Seorang demi seorang para panglima berjaya di bunuh oleh para tentera laknatullah itu.

Kematian saudaraku Yahya Sinwar hari ini merupakan kematian kedua panglima perang pihak Hamas setelah saudara Ismael Haniyeh di bunuh di Iran awal tahun 2024 ini. Kejahatan dan kezaliman pihak yahudi zionis ini cukup menjijikkan. Tiada kejijikkan yang mampu ditandingi melainkan ianya adalah dari sisi zionis yahudi tersebut.


Bila seorang demi seorang panglima gugur dimedan perang dan syahid, ianya menyakitkan buat kita umat islam yang sentiasa memberi sokongan buat saudara kita disana. Tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan hanya sekadar berdoa yang mana Allah belum lagi makbulkan kerana Allah Maha tahu apa yang hendak DIa rancangkan.

Bila situasi seorang demi seorang panglima perang syahid, teringat aku akan satu perang di zaman Baginda saw dulu iaitu perang Mu'tah yang berlaku di Jordan sana. Perang ini adalah perang yang di pancing oleh kerajaan Rom yang mana telah membunuh wakil kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah saw. Pada ketika itu Baginda saw menghantar wakil kepada kerajaan-kerajaan diluar tanah arab dalam misi mengembangkan agama islam ini.


Ketika pengiriman bala tentera Rasulullah saw itu kearah kerajaan Rom , Baginda saw telah mengarahkan pasukan tentara itu dipimpin oleh Zaid b Harithah. Tidak disitu sahaja, malah Baginda saw juga berpesan andai Zaid terkorban dimedan perang, tempatnya mesti diganti oleh Jaafar b Abi Talib. Dan sekiranya saudara Jaafar juga syahid, tempat beliau harus diambil alih oleh Abdullah ibn Rawahah.

Selepas itu Baginda saw tidak menamakan lagi siapa pengganti anda Abdullah juga syahid. Pesanan yang Baginda saw buat para panglima perang tersebut seolah-olah Baginda saw dapat rasakan perjalanan perang tersebut dan ternyata ianya benar. Sorang demi seorang panglima syahid mengikut aturan yang Baginda saw beritahu sebelum itu.

Setelah ketiga-tiga panglima itu gugur syahid, pasukan tentara islam mula merancang siapakan yang akan pimpin pasukan tentera yang berjumlah 3000 orang tersebut. Maka setelah dipersetujui, maka saudara Khalid Alwalid dilantik menjadi panglima perang menggantikan saudara Abdullah ibn Rawahah. Pada ketika inilah pasukan tentera mendapat suntikan semangat yang jitu dimana berjaya mengalahkan para tentera Rom yang dikhabarkan seramai 100 ribu orang.

Apa yang aku ingin katakan bahawa, dalam perang mutah itu yang Baginda saw masih ada itu pun tentera islam tetap mendapat perlawanan yang sangat sengit sehingga terkorbannya 3 panglima perang berturut-turut seperti yang dikhabarkan oleh Baginda saw itu.

Apa perkaitan pula dengan Palestine sana? Apa yang boleh kita kaitkan di sini adalah iktibarnya bahawa andai panglima perang itu gugur dimedan, tidak semestinya menjadikan tentera islam itu lemah dan kalah. Ketika perang Mutah itu, 3 panglima pilihan Nabi saw itu semuanya gugur dan akhirnya panglima perang seterusnya yang mengambil alih akan melakukan sesuatu demi meraih kemenangan.


Saudara Ismael Haniyeh sudah gugur, hari ini Yahya sinwar sudah pergi, jauh sebelum itu adalah saudara Sheikh Ahmad yassin yang terbunuh dalam tembakan bom oleh zionis laknatullah. Siapa pula akan mengepalai misi Hamas pula kali ini. Sesuatu yang lazim di sana adalah sesiapa yang menjadi kepala HAMAS akan pasti namanya tercatit dalam siri senarai wanted oleh pihak zionis laknatullah itu.

Setelah 3 kepala besar Hamas tewas, kini nama ke 4 akan menyarung pakaian jihad seterusnya. Adakah panglima ke 4 ini bakal membawa khabar gembira kepada perjuangan umat islam diseluruh dunia seperti mana yang dilakukan oleh Panglima perang islam saudara Khalid Al walid RA ketika perang Mutah dulu?


Perang kali ini adalah perang yang terakhir buat umat islam di Palestine sana sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah swt. Tiada istilah kalah buat para pejuang islam di bumi ambiya itu,  ini kerana andai pasukan Hamas gagal dalam misi memerdekan negaranya dari cengkaman yahudi zionis, maka akan selamanya lah umat islam Palestine akan di seksa dan di perhambakan oleh puak2 haiwan ganas tersebut.

Perang kali ini adalah perang yang tiada jawapan pilihan samada A atau B. Anda kena pilih MATI syahid ataupun HIDUP jadi hamba zionis buat selamanya. Jika pejuang islam mundur, maka zionis akan bermaharajalela dibumi palestine sana dan akan menyerap semua tanah-tanah yang ada iaitu Gaza dan tebing barat menjadi hakmilik kekal zionis laknatullah itu.

Kita nantikan siapa panglima ke  4 yang ditunggu-tunggu menggantikan saudara Yahya Sinwar itu. Siapakah yang akan memegang bendera agama untuk mengepalai perang yang panjang ini?

Kita doakan panglima perang ke4 nanti akan membawa obor-obor kemenangan seperti mana panglima ke 4 islam didalam perang Mutah tersebut. 

Allahukabar

jauh sudah ku renungi

www.modayu.weebly.com



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.