Ibuku pt3 : Apa kata abang-abang semua?
Dikampung seberang tempat dimana atok laki pergi semalam sudah mula kedengaran bunyi-bunyi dikedai kopi berkenaan ada cina hendak berikan anaknya kepada keluarga melayu.
'Aku dengar semalam ada seorang apek datang rumah kau mahadi, dia nak apa tu'. Tanya Leman dikedai hj doi di tepi jalan antara kg Kota dan juga Kg Sg keli. Hanya kedai ini sahaja yang wujud ketika itu dimana orang-orang kampung mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan yang lain serta minum kopi disitu.
"yea leman, si ah kim tu datang jumpa aku bincang sikit pasal anak yang baru lahir dengan aku.". Jawab pak mahadi sebelum menghirup kopi yang dibuat oleh hj doi tokey kedai tersebut.
"Ceritalah sikit apa kisah anak dia tu mahadi, kami pun nak tahu juga mana tau boleh tolong apa yang patut?" Tanya pak mat yang duduk ditepi leman itu tadi.
"Ahkim tu nak serahkan anak perempuan yang baru lahir kat aku, dia suruh aku jaga anaknya macam anak sendiri, aku pun tengah fikir ni samada nak ambik ataupun tidak anak baru dia tu". Pak Mahadi menceritakan kisahnya semalam dengan wajah agak sayup. Beliau seolah memahami apa yang ah kim itu rasakan sekarang betapa berat untuk dia sebagai ayah melepaskan anak perempuan yang baru lahir itu.
"Esok lusa si ahkim tu akan datang lagi jumpa aku pasal anak dia, bini aku macam seronok jer bila dapat tahu perkara ini dan dia kata nak jaga anak tu ". Sambung pak mahadi lagi.
Gambar hiasan |
...................................
"Maknanya abg setujulah yea untuk lepaskan juga anak kita nanti yea". Tanya atok chin kepada suaminya dipagi hari selepas semalam beliau pergi kampung sebelah dan setelah diperbincangkan sehingga malam tadi.
"Yea sayang, abg fikir itulah jalan terbaik untuk kita dan anak kita itu, lagipun kakak dia dulupun kita terpaksa lepaskan pada keluarga melayu juga". jawab atok laki yang duduk di atas kerusi malas yang semakin usang ditelan masa.
"Lusa abg akan ke kampung seberang lagi untuk berjumpa kawan tu pasal anak kita, kalau semuanya ok mungkin minggu depan kita terpaksa berpisah lagi dengan anak baru kita ini". Suara atok laki agak tersekat-sekat seperti ada kesedihan yang bersarang dihati memikirkan nasib anak barunya itu.
Sementara dibilik anak-anaknya , si abang dan adik-adiknya mencuri dengar perbualan orang tua mereka dengan penuh teliti.
"Nampaknya kita terpaksa berpisah lagi dengan adik kita kan bang?". Tanya adik no3 kepada abg sulongnya yang sama mendengar perbualan orang tua mereka.
"Takpa lah dik, kita doakan semoga bila besar nanti kita dapat bertemu semula dengan adik dan kakak kita itu". sayu suara abg sulong itu menjawab persoalan adiknya.
"Ah teng, panggil adik adik semua mari sini". Jerit atok chin diluar rumah memanggil semua anak-anaknya keluar dari bilik.
"Yea mak , kami datang ". jawab semua anak2nya dari dalam bilik tersebut.
"Kamu semua ok ker dengan cadangan ayah dan ibu berkenaan adik baru kamu ini?" Tanya atok lelaki pada semua anak-anaknya itu.
"Ayah, mak, kalau boleh kami nak duduk dengan adik baru ini sampai bila-bila". Jawab ah teng anak sulong itu. Matanya merenung tepat kemata adik barunya itu.
"Buat masa ini ayah agak sukar anak-anak ku semua, ayah kena lakukan ini untuk nak jaga kamu semua dan abah nak adik baru kamu ini lebih terjamin hidupnya berbanding disini". Terang atok dengan tenang dengan menghela nafas panjang. Matanya agak redup dengan sesekali melihat wajah anak baru nya itu dipangkuan isterinya.
gambar hiasan |
"Takperlah, kamu semua mari tolong ayah kita cari sayur kangkung buat lauk kita tengahari ni". Ajak atok laki kepada anak2nya yang sedang bermain-main dengan adik barunya itu.
"Ayah dah jumpa ke siapa yang akan jaga adik kami ini". Tanya ah kau anak no 2 atok laki itu ketika sedang memetik kangkung ditepi paya yang terletak 200 meter dari rumah mereka.
"Dah Ah Kau, ayah dah jumpa orang itu semalam, lusa ayah akan kesana lagi untuk jumpa orang tu lagi". jawab atok laki yang juga sedang memetik kangkung.
Pagi beransur tengahari, juadah makan tengahari hari ini ringkas sahaja, sup kosong berlaukkan kangkung rebus. Inilah makanan yang biasa sebagai juadah tengahari bila atok laki 'kekeringan'.
bersambung.....
Tiada ulasan