Lain macam scam kali ini

 


Assalamualaikum
Harapkan payung....

Sebelum ini kita banyak membaca berkenaan ramai orang sudah terkena dengan penipuan online ini. Ada yang beribu malah juga berjuta wang dilarikan secara dalam talian ini.

Hari ini, kisah scammer melakuan penipuan ini terjadi pula kepada keluarga kami. Sedih sungguh bilamana wang yang kita cari hasil titik peluh kita dicuri orang begitu sahaja tanpa perlu memecah masuk rumah dan sebagainya. Bank yang kita harap untuk menjaga wang kita sekarang ini pun susah untuk kita percayai. Semua data2 perbankan kita sebenarnya adalah tertakluk kepada kejujuran setiap staf dibank tersebut.Sebab semua maklumat adalah didalam kawalan mereka.

Kita diberitahu oleh pihak bank C ini bahawa pada pukul 1 pagi 4/11/2024 akan diadakan 'schedule Maintanance' kepada semua sistem  perbankan. Jadi kami tidaklah merasa apa-apa dengan maintenance tersebut kerana masa yang dijalankan itu kita semua pun dah tidorkan.

Nak dijadikan cerita, pada malam 3/11/2024, orang rumah tertidur awal lebih kurang sekitar 10pm. Dan scammer seperti tahu yang tuan akaun ini sudah tidur la kot, dia pun telah melakukan transaksi tanpa pengetahuan kami. Debit kad kami telah digunakan untuk pembelian FB ads dengan jumlah yang besar buat kami.

Keesokkan paginya bila orang rumah bangun tidur seperti biasa pada pukul 4 am, dia tersedar ada sms telah masuk kedalam hp nya. Terkejut dengan sms tersebut, dia telah menghubungi pihak bank berkenaan perkara ini. Pihak bank telah membatalkan kad debit tersebut tetapi transaksi itu tidak dapat di hentikan.

Report kepada pihak bank sudah dibuat dan mereka beritahu akan mengambil masa 21 hari untuk siasatan dilakukan. Pening aku memikirkan bagaimana wang tersebut boleh dilepaskan oleh pihak bank sedangkan kami sudah membuat laporan terus kepada pihak bank pada ketika duit tersebut masih lagi FLOATING didalam akaun.

Pagi tersebut, kami pun kebalai polis untuk membuat laporan di balai PH berdekatan.. Selepas itu kami dirujuk ke balai USJ pula untuk siasatan lanjut. Pihak polis cuma boleh katakan yang kes kami ini kena rujuk dengan pihak bank untuk perkembangan seterusnya.

Aku pun terfikir, pada malam kejadian tersebut, pihak bank akan menjalankan siri Maintenance sistem mereka, sebelum bermulanya maintenance tersebut, akaun orang rumah sudah digodam oleh scammer, bila buat report kepada pihak bank, kad debit kami di sekat untuk keselamatan, wang yang di curi kelihatan floating dalam akaun sehingga malam 4/11/2024 pukul 11 pm. Selepas itu wang tersebut hilang terus dari pandangan.

Aku masih terpinga-pinga adakah boleh dipercayai dengan sistem perbankan dalam dunia ini? Adakah segala permasalahan berkenaan dengan SCAMMER ini dalangnya adalah orang bank sendiri?

Kami terpaksa senarai hitamkan bank C tersebut buat masa ini dalam memegang wang kami untuk sebarang urusan. Harapkan pegar, tapi pegar makan padi...

wallahuaklam
apa ke jadahnya semua ini?


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.