Bila anak-anak dimarahi di masjid

 

Bila azan memanggil.
Benda paling aku risau bawa anak ke masjid adalah kalau2 mereka buat bising ketika solat. Dulu aku pernah di 'sound' oleh salah sorg jemaah masjid kerana anak2 aku terbising ketika solat.

Sejak tu aku jarang dah bawa mereka solat dimasjid takut2 mengganggu sesi solat disitu. Hari ni kami singgah solat di masjid yg tak biasa kami datang bersama sebelum ini. Perkara pertama sebelum masuk kemasjid, aku sound anak2 aku dulu. "Kalau korang buat bising, taulah abah buat apa nanti". Anak2 pun faham apa aku kata sebab dulu pernah "kena keras" dgn aku dek bermain2 bising ketika solat. Ialah masa tu dorg kecik2 lagi tau nak main jer ..


Nampak situasi tadi dorg agak waras dan dengar cakap aku.. Masing2 duduk diam semasa solat berjemaah, sorg baju kuning, sorg baju biru dan sorg dok baring tepi aku. Lepas habis solat, dorg pun keluar bermain di halaman masjid diluar dewan solat..Ramai anak2 bermain sama disitu sambil didalam dewan solat para jemaah sedang mndengar kuliah maghrib.

"Korang ni asyik main dalam masjid, tak tau diam ker haa!!!" Tetiba marah pula seorang jemaah entah dr mana datangnya.
"Cuba dengar kuliah dalam tu, jangan dok main jer hari2".. sambung leteran jemaah tersebut.

Anak aku ada sekali dlm ramai2 yg kena marah dgn jemaah itu... Aku pun tumpang marah sekali pd anak aku agar jgn buat bising.. Cuma aku terfikir dalam hati " Anak2 umur sekolah rendah disuruh duduk dengar ceramah ustaz didlm tu yg berkisah cerita tentang kematian.. Aku terfikir mampukah anak2 ni nak hadam ilmu berat sebegitu?
Tak lama kemudian, abg tu pun aku lihat mundar mandir di perkarangan masjid itu dan tak lama lepas tu hilang dr pandangan...

"Sepatutnya ceramah tentang kematian tu utk abg dan aku yg dah berumur bukan utk anak2 kecil yg tak tau apa tu". Getus hati aku bila melihat abg tu belah entah kemana.


Jadi moral nya, kita sebagai ayah jangan terlalu biarkan anak buat bising dimasjid terutama ketika jemaah sdg solat dan sebaliknya jemaah yg ada jangan terlalu keras sgt dengan anak2 yg hadir kemasjid setiap hari...Kita pun tak tau adakah anak2 kita akan terus kemasjid bila mereka dewasa nanti kalau ketika kecil mereka asyik di marahi bermain2 di rumah Allah.


Ditelan mati mak diluah mati bapak...
Jauh sudah ku terbiar

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.