Malukah tak pandai berbahasa omputih?

Bahasa budaya bangsa

Antara bangsa yang paling tinggi nilai bahasa dan budaya adalah bangsa Melayu.Jika tidak, takkan ramai orang luar jatuh hati dengan orang kita terutama gadis melayu. 

Pernah dengar dari mulut seseorang mat saleh bahawa, berkahwin dengan gadis melayu ni adalah antara pakej yang paling ideal. Kenapa ianya pakej paling ideal?

Gadis melayu ini serba serbinya tahu. Dari menguruskan rumah tangga, urus anak2, memasak yang sedap, pandai berdikari dan bermacam2 skil yang membuat para suami menjadi mudah tugasnya.

Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendapat saya ini, tapi percayalah ketika mak,opah kita keatas, merekalah sebenarnya pejuang bangsa kerana didikan yang merepa terapkan pada anak2 mereka dahulu itu.



Malukah tak pandai berbahasa omputih?


Cuma kini saya rasa agak gelisah kerana ramai antara kita mula berbahasa dengan anak2 dengan bahasa inggeris. Memang kita tidak nafikan BI itu penting, tapi mengasuh budaya melayu itu bermula dari sejak lahir hingga dewasa dan untuk mengasuh dengan budaya kita itu, hanya BM sahaja yang mampu menterjemahkannya.

Contoh:
'How are you mom?' 
Ini soalan biasa dari seorang anak kepada ibunya. Bila ditafsirkan secara harfiah, ianya membawa makna 'Apa khabar engkau Mak'.

Ini adalah ayat paling kurang ajar jika digunakan dalam budaya orang kita. Tidak berkat hidup seorang anak jika berbahasa begitu. Dalam budaya kita, perkataan ENGKAU,KAMU diharamkan guna untuk bertutur dengan ayah ibu sendiri.Kita akan sentiasa gunakan ganti nama ibu,mak, ayah,apak dan sebagainya.

Nampak tak kenapa kita perlu terapkan nilai budaya kita sejak dari kecil dengan menggunakan bahasa ibunda kita sendiri. Untuk BI, sesi itu akan bermula bila anak2 memasuki dunia persekolahan. 

Jika kalian orang jawa, ajar anak dengan bahasa itu , begitu juga dengan loghat daerah masing2. Kita perlu kesinambungan agar bahasa ibunda itu terus wujud dan digunakan oleh bangsa kita yang merdeka ini.

Orang luar berebut2 nak kuasai bahasa kita, tapi kita yang konon berlagak mat saleh ni cakap melayu pun tergagap2.

Seperti sahabat kita pada video diatas, mereka kuasai bahasa kita sampai ke loghat daerah di Terenganu sana. Mad Dang telah buktikan bahawa BM adalah bahasa jiwanya.

Baik manusia kerana ahklaknya, indah akhlak kerana bahasanya. 
Manakan dapat dua orang insan yang bukan berbangsa melayu dapat bertutur dengan fasihnya sesama mereka dalam dialek terengganu. Ini amat menakjubkan dan inilah sebenarnya yang perlu diajar oleh ibu bapa kita semasa mereka masih kecil dan bukan Bahasa Inggeris konon untuk mengejar kemajuan.

Aku amat takjub dengan kalian berdua dan aku terharu dengan kemesraan kalian dalam bertutur dialek ganu kite. 

Credit kepada yang memuat naikkan video ini kelaman sosial


wallahuaklam
Jauh sudah kita terpedaya

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.