jalan
Masjid ini pernah menjadi masjid negeri..
Agak2 kau lah kan, siapa la si batak yang rabit telinganya sehingga menjadi nama tempat bagi kampong ini?’. Tanya Fattah memulakan bicara ketika melewati kampong yang penuh sejarah ini. ‘Ada orang batak ke kat kampong ini?’. Balas aku kehairanan sedangkan kampong ini dipenuhi dengan orang2 melayu. ‘Menurut alkisahnya, ketika itu terdapat satu keluarga dari keturunan batak yang kebiasaannya memakai subang ditelinga kelihatan lubang ditelinga itu agak besar, seolah seperti terkoyak (rabit), mungkin disitulah nama tempat ini terhasil’.
Kampong batak rabit ini terletak didaerah teluk intan perak. Nama kampong yang unik ini sentiasa menjadi perbualan penduduk sekitar. Sebagaimana kita sedia maklum, kaum batak bukan penduduk asal dikawasan ini. Mungkin disebabkan kaum batak bukan orang tempatan, ianya menjadi perhatian orang-orang disini suatu ketika dahulu.
Dikampong ini terdapat sebuah masjid jamek yang agak menonjol yang terletak ditepi jalan diantara Hutan Melintang menuju keTeluk intan. Sekali pandang, masjid ini adalah sepeti biasa sahaja, bila dikorek cerita akan sejarah batak rabit ini, rupanya kawasan ini pernah menjadi ibu negeri buat negeri perak ketika zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877)..
Ini bermakna masjid jamek ini pernah menjadi masjid negeri suatu ketika dahulu. Terdapat ditepi masjid itu tanah perkuburan yang dikatakan menjadi tempat disemadikan beberapa sultan dari kesultanan perak dahulu kala.
Dibelakang masjid ini terdapat jeti pemancing bagi yang gemar memancing udang galah di atas sungai perak yang hulunya terletak di Grik sana dan berakhir di Bagan Datoh.
‘Kita sekarang ni sedang berehat disalah sebuah masjid agung diPerak ni bro!’. Beritahu Fattah pada aku.
‘Bayangkan zaman itukan, para jemaah yang datang bersolat jumaat disini mesti dari seberang sungai sana, dan juga kawasan sekeliling disini’. Jawab aku mengimbau kezaman lampau.
‘Agak2 kau berapa ratus orang yang datang bersolat disini memandangkan masjid ini bukan besar sangat saiz nya’. Tanya Fattah menduga aku.
Buat pengembara yang budiman, jika ada tersesat ke teluk intan, maka masjid ini patut anda lawati. Dibawah ini video berkenaan dengan masjid bersejarah ini untuk anda tinjau2 bila ke Teluk Intan suatu hari nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua
wallahuaklam
Tiada ulasan