niaga
Produk kita perlu lebih keterampilan dari biasa
BMF
Kicap ni dijual sendiri oleh anak2nya secara terus face to face di pejabat orang rumah. Antara kesukaran dan kelemahan produk orang kita adalah dari segi awareness dan advertising..
Kebanyakkan mereka (termasuklah kami juga) takut2 untuk "meleburkan" sejumlah duit dalam menyebarluaskan maklumat tentang produk mereka. Apa yg biasa mereka lakukan (untuk produk yg baru bermula dan juga produk otai) adalah mengharapkan keajaiban tentang produk mereka menjadi lakukeras tanpa perlu lakukan apa2 dan tanpa perlu "leburkan" kos apa2.
Inilah kelemahan produk org kita dan juga service yg menjadikan ramai orang tidak tahu kewujudan produk2 tertentu. Oleh itu, adat dalam berniaga, ia kena ikut adatnya juga. Ada bahagian yg perlu dihanguskan duit demi kelangsungan produk tersebut dan jangan mengharap "marketing free" sebagai nyawa bisnes anda.
MAri kita lihat apa beza beras kita dengan beras mereka pada klip video dibawah ini
Syarikat TV, radio, Fb, IG, Youtuber dan sebagainya ada kepakaran yg perlu kita "beli" utk mendapatkan SLOT produk kita dipasaran. Jangan harap sangat produk kita menjadi "buah mulut" org ramai tanpa perlu lakukan marketing strategy yang terperinci. So dengan kempen BMF ini, sediakan bujet untuk pasarkan produk anda. Mungkin dengan hanguskan rm100 , anda mendapat pulangan rm1000.
Semuanya perlu anda terokai untuk mengetahui sejauh mana produk anda bakal beraksi dipasaran. KFC leburkan jutaan RM setiap tahun demi utk "maintain" produk placement dlm otak pelanggan wpun jenama mereka sudah terkenal diseluruh dunia. Tapi kita dengan RM0 marketing bujet, mengharapkan BMf datang bantu anda sehingga di pintu rumah.
Islam pun memanggil penganutnya untuk solat dengan dilaungkan AZAN oleh tukang muazzin setiap kali masuk waktu solat. Ini lah "awareness dan pengiklanan" dalam memberitahu umat islam akan masuk waktu dan jom bersolat dimasjid.
Kita wajib berubah, masing2 ada peranan dan kepakaran mereka sendiri. Anda pakar hasilkan produk, tv/ radio/youtube pakar dlm menghebahkan produk anda. Jangan jimat sangat sampai semuanya anda hendak lakukan. Last2nya anda akan penat dan terus malas nak teruskan production produk anda sendiri.
Fikir2kanlah kepada semua usahawan dan bakal usahawan. Mari kita kejar kejayaan bersama2 dari dunia menuju akhirat.
Wallahuaklam.
Jauh sudah kurenungi
Www.dabaju.blogspot.com
#ps: produk kicap ni dibuat diselama perak. Kalau cari dikedai memang tak jumpa. Rasanya sedap dan kena dengan tekak kita dan anak2. Mana nak dapatkan produk ini? Call no ni 019-5786020.
Ingin belajar bisnes di shopee? Klik gambar dibawah ini
Ingin belajar bisnes di shopee? Klik gambar dibawah ini
Tiada ulasan