Kisah bank bumiputera kita yang hilang ditelan zaman

BMF 
Sebelum ni kita tahu bahawa syed mokhtar banyak pegang entiti perniagaan besar2 seperti pelabuhan,perkilangan dan sebagainya. Support kita kpd bisnes roti gardenia juga telah menjadikan bisnes tersebut berkembang maju dan banyak peluang kerja terhidang depan mata. 
 
 
 
Dan jangan kita lupa bahawa, kita pernah ada satu bank yang dinamakan khas dengan nama bank bumiputra. Nama bank pun BUMIPUTRA. Bangunan bank ini berdiri megah ditengah Kuala Lumpur dan menjadi mercu tanda suatu ketika dahulu. Tapi disebabkan campurtangan politik (waktu itu UMNO diketuai DrM) , habis hancur bank ini dikerjakan mereka. 
 
 
 
Macam2 scandal muncul ketika bank ni sedang menempa nama dipasaran. Group ini pinjam berjuta, group sana pinjam berjuta, akhirnya bank ini 'runtuh' disebabkan tangan2 ghaib ( dari parti kerajaan masa tu) yang menginaya perjalanan bank ini. Selepas itu, muncullah bank bumiputera commerce, dan akhirnya jadilah dia CIMB bank ketika ini. Dan pada sayap islamik banking pula muncullah bank Muamalat (BM) yang dipunyai oleh Syed Mokhtar Albukhari. 
 
 
 
Hebat orang kita ini bila berniaga. Anda ada akaun bank muamalat? Aku pun belum ada lagi sebenarnya. Sebab bank muamalat ini tak semua tempat ada cawangannya. JAdi kita sebagai umat islam di malaysia ini, sunnat muakkad perlu ada akaun bank muamalat ini. Bila semua ada akaun bank disini, dan menyimpan wang di bank ini, maka banyaklah duit dapat digunakan oleh pihak bank untuk melabur dan menjana pendapatan mereka. Bila pihak BM untung, maka mereka akan buka lebih banyak cawangan diseluruh negara dan dapat beri lebih banyak keuntungan buat pemegang akaun mereka. 
 
 
 
Kalau kita ada akaun Hong leong bank dan juga public bank yang kita semua tahu siapa dibelakangnya, kenapa kita tidak ada akaun di BM? Satu lagi bank orang kita adalah AmBANK dan juga Affin Bank ( sayap pelaburan LTAT). Bukan calang2 bank yang orang kita uruskan sebenarnya. Cuma kena uruskan dengan profesional agar sejarah BBMB tidak berulang kembali. 
 
 
 
Sebenarnya islam tidak menggemari institusi banking ini. Ini kerana bila wujudnya banking, ini bermakna system ini wajib menjana untung untuk survival. Dan keuntungan utama banking ada menjual duit dengan duit yakni RIBA. Seperti kata Baginda saw, satu masa nanti semua manusia tak dapat lari dari riba, kalau tak lakukannya, debu riba tu pun kita akan rasa juga. 
 
 
 
Oleh itu, kalau kita mampu utk tidak meminjam, maka janganlah meminjam. Andai terpaksa meminjam, maka carilah instrument perbankan islam seperti pada bank muamalat ini. Lepas pinjam tu jangan lupa bayar pula yea. nanti naik pulak NPL (non performing loan) BM nanti.. 
 
 
Semoga berkongsian ini ada manfaatnya insyaAllah. Solat jumaat dimana hari ni? 
 
 
wallahuaklam 
jauh sudah kuterasa 
 www.dadiydoo.com

ps: Sebelum anda meninggalkan blog ini, pastikan anda klik sekali pada mana2 iklan gugel (klik disini) yang ada dalam blog ini sebagai tanda sokongan buat kami dalam menguruskan karya ini.Terimakasih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.