Orang kita ramai yang bankrup

BMF
 Bankrapkan Melayu First 
Hari ni aku beli paper harianmetro nak tgk ada member masuk paper pasal kisah youtube dia tersebar luas. Sambil2 selak helaian demi helaian, sampai kat ruangan iklan paper ni, aku tgk banyak iklan pasal bankkrupsi. Daripada 20 iklan bankrupsi itu, 19 nya adalah orang kita. 


Ini baru 1 hari paper yang aku beli (tahun ni baru beli 1 paper). Kalau aku langgan paper ni setiap hari maka hari2lah akan terpampang nama2 orang yang akan dibankrupkan oleh pihak bank. Aku pun ada pengalaman berkenaan dgn bankrupsi ni. Memang sukar juga sebab bnyk benda akan terhalang disebabkan kes kita ini. Nak buka akaun bank tak boleh,nak minta kerja gomen tak lepas, buat loan baru mmgla tak boleh, nak bukak bisnes atas nama sendiri pun tak boleh, nak jamin anak belajar pun tak lepas dan macam2 lagi. 


Semua masalah yang terjadi adalah disebabkan cara kita suka berhutang. Beli kereta hutang,rumah hutang, beli hp hutang, perabut,kad kredit, beli beras kat kedai apek pun hutang. Budaya berhutang ni dah jadi darah daging orang kita sejak sekian lama. Lama2 tanahair kita ni terjual disebabkan masalah hutang yang kita semua lakukan. 


Hutang adalah punca utama orang kita jatuh miskin. Fikirkan begini yea, katakanlah gaji kita rm4000 sebulan. Kita kelabu mata lalu buat loan kereta rm800 sebulan. Beli rumah teres bayar rm1000 sebulan Beli lagi motor nak jimat gi kerja bayar rm200 sebulan, Beli hp samseng nak bergaya bayar rm200 sebulan Beli perabut baru bayar rm200 sebulan. Tolak EPF rm400 sebulan Jadi Balance bulanan boleh pakai kita adalah rm1200 sebulan. Dengan balance nilah kita guna utk isi minyak motor ,kereta, bayar bill air api,makan bagi ayah kat kg dan sebagainya...Jadi berapa sahaja yang tinggal dalam poket ditengah bulan. 


Disebabkan itu, untuk cover hutang2 ni semua, kita pun mula buat kerja partime di KFC, food panda, grabfood dan sebagainya. Walaupun ianya tidak salah utk kerja partime tambah pendapatan, tapi sebenarnya kita telah leburkan waktu berharga bersama keluarga hanya utk mencari wang lebih utk menampong hidup. 


Berapa ramai kita lihat terutama di kawasan penempatan seperti di flat2 kos rendah anak2 terbiar berkeliaran bersama kawan2 mereka tanpa perhatian ayah ibu. Ayah dan ibu terpaksa mencari wang lebih semata2 untuk menampong hutang yang dibuat.Masa bersama keluarga itu terpaksa diabaikan kerana mengejar waktu kerja yang tak pernah kesudahan. 


Aku pernah belajar dengan seorang sifu, dia kata mcmana nak bagi gaji kita tak susut setiap bulan dan mcmana nak tambah duit gaji tanpa perlu buang masa diluar rumah. Perkara pertama yang dia beritahu adalah, beli benda yang kita ingini dengan harga TUNAI. Contoh , beli kereta tunai. Bila kita kereta tunai,maka kita akan pilih kereta berdasarkan bujet tunai yang kita ada. 


Jadi dalam bab ini, kemampuan kita adalah kereta terpakai. Contoh harga kereta terpakai itu adalah rm8000. JAdi kita simpan duit dulu sampai cukup baru kita beli dan bawa pulang. Oleh itu gaji kita yang asalnya rm4000, lepas beli kereta tunai, gaji boleh pakai kita tetap rm4000 pada bulan hadapan. Rumah pula, kalau kita tak mampu beli rumah cash, kita sewalah dulu. JAdi gaji kita tetap dgn rm4000 bolehlah cari rumah2 sewa yang berpatutan utk kita diami. 


Bila dah masuk rumah sewa, segala benda yang hendak kita lengkapkan seperti perabut dan sebagainya, maka belilah dgn tunai. Kalau tak cukup lagi, maka sabar dulu sampai simpanan cukup utk membelinya nanti. Jadi kalau sewa rumah kita sebulan rm500, maka kita ada balance rm3500. Andai kita beli perabut2 semua dengan tunai, maka bulan hadapan gaji kita tetap pada rm3500 juga. 


Jadi takder la pening sangat nak fikir tampong hidup dengan kerja partime sana sini. Bab untuk tambah pendapatan tanpa perlu keluar buang masa kerja tak tentu hala pula , sifu ini berkata, buatlah berniaga. Zaman lani niaga dah senang. Niaga dari rumah. Dengan niaga dari rumah, kita dapat bersama2 dengan keluarga menikmati saat2 indah bersama2. 


Kita boleh ajar anak2 kita berniaga secara online ajar isteri kita macamna nak pek barang dan macamner nak pilih barang untuk jual dan sebagainya. Juga mcmner nak jual di platform2 online yang ada. Dengan ini, kita sentiasa ada masa bersama2 dengan keluarga selepas kerja hakiki kita di waktu siang. Dan kita pun tidak pening sangat kerana gaji hakiki kita masih cukup untuk menampong kehidupan kita seharian.Ada masa pergi masjid mendengar ceramah agama, bergaul dengan masyarakat dan juga makan malam bersama anak2. 


Teringin plak nak berniaga online mcmtu tapi tak tahu nak mula mcmner? Klik link ni utk tinjau2 dapatkan idea mcmner nak jual di shopee.  



Ketahuilah bahawa, hutang ini (RIBA) adalah penyebab utama ramai orang kita jatuh bankrup. Hutang dengan along lagilah memeningkan dan boleh mengancam nyawa dibuatnya. Aku pun dah ajar anak2 aku bila kerja nanti belilah semua benda dengan cash. Nak beli motor, simpan duit sampai cukup dan beli tunai terus. 


Bila kita semua amalkan beli cash, insyaAllah bank2 kat malaysia ini akan tergugat bisnes mereka kerana tiada lagi loan dapat dijual kepada para rakyat muslim terutamanya. Ada orang kata, kalau tak berhutang macamna nak ada aset. Itu terpulang pada kebijaksanaan masing2. Aku tgk ramai yang berhutang ni bukan sahaja konon ada aset, bila dah tak mampu bayar, habis semua aset2 kena lelong. 



Siankan kita sering terpedaya dengan godaan riba yang bermaharajalela dipasaran sana. Harap perkongsian ini ada manfaat sikit unttuk semua. 

wallahuaklam 
jauh sudah kuterpedaya 
jangan lupa singgah minum kopi di  

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.