agama
Destinasi kita yang serupa tapi tidak sama tempatnya.
Tazkirah
Jom ke alam barzakh.
Bersempena hari ini Jumaat, dan juga merupakan hari jumaat terakhir bagi
tahun 2019, berapa banyak kesilapan lalu yang kita telah kerjakan sehingga
kita dan negara kita jadi begini. Semua yang terjadi ini jika kita amati dan
syukuri, insyaALlah pasti hati jadi lapang dan banyak masa terluang untuk
kita muhasabah diri dan juga peribadi.
'Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.' Surah al'asr ayat 1-3.
Selama ini kita terpedaya dengan khabar angin dari munafik dan orang kafir
dengan janji2 politik yang tidak pernah dilaksanakan.
Ini kerana kita masih
agungkan dunia sehingga terpedaya dengan mereka yang bila berjanji mereka
bohong dan bila mereka diberi amanah, mereka khianati.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Hujurat: 6)
Inilah kesannya bila kita tidak memeriksa setiap berita yang datang dari orang2
munafik, dan terus percaya membabi buta setiap cakap2 mereka, akhirnya bukan
sahaja menyusahkan mereka yang memberi undi kpd golongan itu, tapi kita yang
tidak memangkahnya juga tersepit dengan pelbagai masalah yang mendatang.
Oleh itu, dengan waktu yang tinggal sikit berbaki ini, marilah kita gunakan utk
memikirkan akan dunia lepas ini yang pastinya semua akan menempohi tanpa
gagal.. Satu dunia yang tiada politik didalamnya, tiada lagi insan2 munafik,fasik
dan kafir yang akan membawa berita2 palsu seperti diatas dunia ini.
Apa yang
menjadi sandaran kita ketika itu adalah amal2 yang kita telah lakukan didunia
dahulu untuk dihisab secara terperinci.
Oleh itu , aku ingin ajak sahabat2 semua untuk singgah sebentar dikubur berhampiran
kediaman anda utk kita fikir akan kematian kita yang tidak berapa lama lagi.
Dalam video ini , aku telah pergi ke kubur seksyen 21 shah alam untuk kita jengah
suasana luaran perkuburan kita suatu hari nanti.
Tak terbayang bagaimana nyawa ditarik dari badan dan tak terbayang bagaimana
baring dalam tanah itu seorang diri digelap malam ketika hujan lebat ....
Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad.
Wa'ala ali Sayyidina Muhammad.
Hari ini adalah hari Jumaat terakhir dlm tahun 2019.. byk kenangan yg Allah beri
utk kita.. menangis, ketawa, suka duka.. semua bersatu dalam *UJIAN.
Saya mohon ampun dan maaf baik yg zahir maupun yg tersembunyi kalau ada
yg terguris hati.. dan sebagainya.. Salah dan khilaf yg tak dpt dipisahkan dgn
manusia.. Semuanya takde niat moga Allah Subhana hu wata'ala ampuni segala
dosa kita, rahmati kita dan Redhoi kita semua dan moga Allah SWT terima
segala usaha kita sebagai Amal Soleh.
Ameen yarabb
wallahuaklam
jauh sudah kekembara
www.dadiydoo.com
Tiada ulasan