anak-anak
Masa untuk berkurang ajar?
Negaraku
Ayah nak ajar tentang kurang ajar.
Lani dah pukul 1.30 am, mata tak leh tido disebabkan sejuk
malam yang sangat mengigil di Janda Baik (JB). Sejuk juga kawasan
ini sebenarnya dan dikhabarkan bahawa seluruh janda baik adalah
kawasan orang kita tanpa ada kehadiran bangsa mendatang.
Dalam pada itu aku teringat dan terngiang ngiang akan lirik lagu
Mnasir yang bertajuk Anak2 kita. Bila aku renung bait2 lirik nya
aku rasa betul juga kata2nya. Kita kena mula ajar anak2 kita jadi
kurang ajar pulak.
Masa untuk berlembut selama ini, seolah tidak memberi keuntungan
buat kita ditanah ini. Semakin hari semakin dirosakkan keharmonian
oleh bangsa mendatang terhadap masyarakat yg bercampur selama ini.
MNasir sudah fikirkan perkara ini lama sebenarnya. Walapun beliau
warga Spore, tapi kesan kesopansatunnan kita selama ini tidak lagi
menguntungkan kita sebenarnya.
Mereka semakin rakus menolak kita ketepi dinding lalu dihenyak kita
tanpa kesian. Harta pusaka kita juga dirompak begitu sahaja dengan
pelbagai jalan yang mereka inginkan.
Kini kita tiada jalan yang lain melainkan perlu juga bersikap kasar terhadap
jiran2 kita yang tidak mahu menghormati adab berjiran.
Mereka tiada lagi
adab dan tatasusila dalam bermasyarakat malah mereka kini semakin
samseng pula dengan kita .
Dibawah ini aku sertakan bait2 lirik yang dihasilkan oleh MNasir dalam
dia memerhatikan suasana masyarakat dinegara kita selama ini.
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang kerana terlalu sibuk
main lastik
Dan berpistolan ,
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
TENTANG KURANG AJAR
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
TENTANG KURANG AJAR
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Mnasir
Harap kita tidak lagi alpa dengan kejaran dunia ini. Nasihatilah
orang sekeliling kita agar mula fikirkan nasib agama dan bangsa
kita dalam tanah melayu ini.
Andai 5 tahun ini kita masih duduk bawah pokok dan membiarkan
tanah ini diperintah oleh pendatang asing. maka pada 5 tahun mendatang
ini maka jadilah anak2 kita hanya sebagai hamba mereka sepenuhnya.
Terfikirkah anda bahawa hampir majoriti anak2 kita bertebaran dipasaran
mengejar order makanan seperti pada foodpanda ,grabfood dan sebagainya
yang mana syarikat2 ini adalah milik bangsa mereka.
Pernahkan anda
lihat anak2 cina/india jadi penghantar makanan? Hampir tiadakan.
Bukanlah niat nak salahkan mereka, tapi ketahuilah bahawa dibalik tabir
syarikat2 tersebut adalah kapitalis2 dari bangsa mereka yang mengaut
keuntungan tanpa perlu turun kejalan raya.
Ini memperlihatkan bahawa
mereka itu mempergunakan sepenuhnya nyawa anak2 kita dijalanan untuk
mengaut keuntungan yang sangat tinggi buat mereka yang akhirnya
keuntungan itu digunakan untuk melemahkan bangsa kita pula.
Patutkah kita ajar anak2 kita jadi kurang ajar?
wallahuaklam
jauh sudah ku fikirkan
www.dadiydoo.com
Tiada ulasan