HEbat orang kita dari dulu lagi

BMF 
Orang perak yang pernah hidup zaman azura yaitu zaman jejaka nama zack gadis nama azura,geng jahat nama farouk, pasti tahu tempat ini. Siapa pernah pergi ke taman tasik SM NOr di Batu Gajah Perak kita geng. 
 
 
Aku dulu masa sekolah kat ipoh, cikgu buat lawatan ke taman tema ORANG KITA disitu yang cukup terkenal diseluruh negara. SM NOR ni adalah singkatan dari nama Syarikat Muhammad Nor. Kini taman ini sudah tinggal sejarah. Kalau dulu nak tengok ular sawa albino, taman tema inilah tempatnya kerana banyak haiwan eksotik ada dipamerkan disini. 
 
 
Siapa kata orang kita tidak mampu hasilkan sesuatu yang besar seperti taman tema ini. Ketika zaman taman tasek ini gah dulu, tiada lagi taman tema yang mampu diwujudkan melainkan taman tema ini. Tahniah kepada arwah yang berjaya angkat bisnes orang kita jadi hebat suatu waktu dahulu. Kini syarikat SM Nor sudah beralih arah pula. Mereka kini adalah antara pengeluar produk BMF yang berjaya ditanah air. Anda pernah dengar jenama SAMANO iaitu pengeluar produk SOS tomato,cili dan juga kicap? 
 
 
Itulah produk orang kita yang dibelakangnya adalah kumpulan yang sama mengasaskan taman tema SM Nor diBatu Gajah dahulu. Selain dari jenama SAMANO, syarikat ini juga mengeluarkan produk berjenama iaitu Tiga Ayam dan Seri Bintang.Syarikat SM Nor yang diuruskan oleh anaknya begitu gigih mengeluarkan produk berkualiti demi memenuhi permintaan tinggi sejak kempen BMF ini bermula. 
 
 
Aku dok teringat2 taman tasek ini. Zaman ni sapa dapat bawak awek jalan kat situ kira dia championlah. Masuk situ rasanya dalam rm5 ketika itu. Zaman tu rm5 besar beb. Zaman dimana 5 sen pun boleh minum ayor kopi.Jadi kalau 2 orang dan rm10. Kira kalau bandingkan zaman lani, lebih kurang rm100 gaklah nilainya. Inilah inspirasi buat kita dalam meneruskan kesinambungan hidup keluarga. Dengan sebab perniagaan inilah kita dapat wariskan pada anak2 kita akan datang. 
 
 
Janganlah kita wariskan harta free buat anak2 yang akhirnya bergaduh adik beradik, tapi kita wariskan kepada mereka perniagaan agar mereka dapat jalan terus dan akhirnya diwariskan pula pada cucu cicit kita seterusnya. Itulah yang dilakukan oleh bangsa pendatang sehingga mereka kuasai negara kita kini. 
 
 
 Semoga perkongsian pepagi ini dapat menyuntik semangat buat aku dan kalian semua agar jangan dimomokkan yang berniaga ni untuk orang tak dapat kerja tetap, tapi sentiasa segarkan minda anak2 bahawa berniaga itu adalah sumber kekayaan yang perlu diterokai. 
 
 
wallahuaklam 
jauh sudah kukembara 
mai minum dulu @ www.dadiydoo.com


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.