3 line yang takder line.


Throwback
BMF 
Hari ni team dan aku ke JAIPk utk bentangkan projek pemerkasaan asnaf bg negeri Perak. Projek bagaimana utk menukar asnaf2 yang ada menjadi seorg usahawan yg mampu membayar zakat utk masyarakat. Doakan kami yea kalian semua, demi menjayakan BMF yg murni ini. 


Kalian mesti pernah tonton filem Pramlee Pendekar Bujang Lapok. Gambar dibawah adalah situasi di bot penambang dimana orang kampong mendapatkan khidmat bot utk keseberang. Tahukah anda kenapa Pramlee gunakan samseng2 disitu dengan pakaian sebegitu. 


Pakaian dengan ada 3 garisan dibahagian tengah baju tersebut. Itulah sebenarnya masalah utama org kita dipasaran. Masalah samseng melayu yang sering dikenali sbg geng 3 line. Pramlee mengkritik kumpulan samseng ini (3 line) yg tidak memberi apa2 kebaikkan kpd ekonomi bangsa sendiri. 


Kumpulan 3 line ni spt yg kita biasa tahu, kebanyakkannya lebih gemar bergaduh sesama sendiri dr membantu sesama sendiri terutama dlm bidang perniagaan. Kebanyakkan mereka ini ada kawasan exclusive mereka sendiri dimana bisnes utama adalah wang tidak halal. Ramai antara mereka tidak mempunyai kerjaya tetap dan mereka ini digunakan oleh bangsa lain utk kepentingan mereka sendiri. 


Geng2 ni biasa kita lihat di pusat2 hiburan dan jarang ada di masjid. Kalaulah geng 3 line ni dpt disatukan hati mereka dan latih mereka menjadi usahawan sebenar dan geng2 mereka saling support perniagaan sesama mereka,aku fikir bangsa kita dah lama kehadapan. Geng 3 line ni perlu pemimpin yg betul dan ada hala tuju yg jelas utk bangsa kita ini. 


Kita tidak lagi boleh bersandarkan kepada kekuatan bergaduh utk memperkasakan bangsa kita ini, tapi kekuatan ekonomi adalah tulang belakang yg perlu diberi perhatian. Inilah pemikiran Pramlee yg diterjemahkan dlm karya2 filemnya dan apa yg dipersembahkan itu tidak sekadar hiburan semata2. 


Kerana itulah Pramlee meletakkan ahmad nisfu (sbg bukan melayu) sbg ketua kumpulan samseng dipenambang,hanya utk menggambarkan siapa yg mendpt keuntungan disebalik kumpulan samseng org kita ini. "ini semua samseng taik kucing" kata pendekar mustar ketika ditolak oleh samseng2 itu. 

wallahuaklam 
 jauh sudah kurenungi jom pi @ www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.