negaraku
Kerajaan pun hati tisu juga....
Throwback
Negaraku.
Kesian plak dengan geng maharajalawak ini akhirnya kena gam juga oleh
kerajaan sepenggal ini. Ingatkan kerajaan lama je buat mcmtu, kerajaan baru
pun sama juga. Sensitip benor ler menteri2 ph ni sejak jadi kerajaan ni.
Sudahlah
menteri sukan tisu pun cepat koyak, yang ni buat lawak pun nak berasa hati kan.
Pasal tulah atok cakap manifesto bukan kitab suci. Semua perkara dalam manifesto tu tak wujud pun kerana tiada siapa yang nak buat serius dengannya
sampaikan semua janji2 hilang diterbang angin lalu. Aku tak boleh hadam kalau
abg mad ceramah atas pentas pembangkang dulu. Segala kutukan , cacian dan
makian dihala kepada pemimpin2 negera ketika ini.
Lani Allah angkat dia jadi menteri,satu malaysia hala makian pada dia sorang. Padan muka.
Dulu janji nak buka media dan tak mahu kongkong media dengan sebarang politik
dan mahukan media bebas dari cengkaman. Lani lebih kurang sama jer dengan yang dulu malah lagi teruk. Dengan ekonomi yang teruk ini, ramai orang takder kerja, dibuang
kerja sampaikan artis2 pun job takder, YAng ada job pulak kena sekat itu ini. Padan muka artis2 yg ramai sokong PH dulu2.
Kerana itulah ramai artis2 cari makan dengan Youtube jer. Senang, tak terikat dengan itu dan ini . Tengok mcm datuk alif syukri, dari jual produk, lani jual diri dengan lakonan yang entah apa2 entah dichannel dia itu. Itupun dia boleh dapat duit free jer dari
youtube dalam rm30k sebulan. Nampak benor la market jualan produk pun slow ketika ini sehingga memaksa owner produk pun buat2 berlakon dalam channel youtube
sendiri.
Kata orang lani, berniaga dengan YAHUDI (google+youtube) lagi senang dari berniaga dengan dap.Dulu janji 1 juta peluang kerja, tapi lani buat derk jer menteri tisu tu mcm tak pernah janji apa2 jer sebelum pru 14 hari tu.
Kita pun patut ada channel youtube sendiri dan kita sebarkan manfaat kepada dunia. Asah skil kita agar ilmu yang kita itu dapat memberi manfaat buat semua.
wallahuaklam
jauh sudah kukembara
www.dadiydoo.com
Tiada ulasan