bmf
Harga mengalahkan restoran 3 bintang.
BMF
Kadang aku hairan gak dengan peniaga2 kita tepi jalan ni. Sudahlah niaga dgn risiko rendah tak perlu bayar sewa kedai lesen semua, tapi harga dia mak aiii... murah lagi makan kat restoran yg dah tentu kena bayar sewa. Aduhh.
Hari ni aku keciwa skit dgn sikap peniaga2 kita tepi jalan ni. Aku cuba buat survey le 2 lokasi berbeza disekitar KL dan PJ. Tengahari td aku beli makanan bungkus ditepi kaki 5 jalan disekitar TTDi. Lepas ambik sedikit ikan bilis dan hati lembu seketul, harganya rm8.
Petang ni aku singgah pekena cendol dan laksa di kaki 5 jalan tepi longkang. Cendol biasa + laksa biasa = rm8 . Dalam hati aku, boleh beli kedai cash dah abg ni harganya.
Jadi bila aku bandingkan dgn harga smlm, makan tghari di sebuah restoran 2 pintu, terung pajeri+telur dadar dimasak bulat+ulam pegaga seikat dan air kosong = rm7.
Sehari sebelum tu makan gerai dbkl mamak anwar nasi+ayam goreng+sayur togey = rm3
Ini memperlihatkan bahawa peniaga2 kaki 5 ni mmg peniaga ambil kesempatan terutama pd harganya. Harga yg dijual agak tinggi dari harga makan direstoran. Kenapa peniaga2 kaki 5 ni ambil kesempatan dgn jual harga seolah mereka sewa tapak tu dgn harga 5000rm sebulan.
Nak makan laksa tepi jalan pun susah dah macam ni. Harga ikut suka peniaga je lani.
So natijahnya, masaklah kat rumah. Kalu nak makan laksa sgt mcm aku tadi, Tanya dulu harganya. Tadi dlm kepala aku, laksa rm4 + cendol rm2 =rm6... sekali kena korek lagi rm2 dlm beg sekolah anak..kikiki
Teman tau wey siape mike!!
Wallahuaklam
jauh sudah kukembara
www.dadiydoo.com
#Nasi kukus ayam kat restoran rm4 jer, kat kaki 5 jalan dah sampai rm7 sebungkuih..tompo yop
Tiada ulasan