Ikan belukang ayah


Kenangan lama terimbau kembali
Antara kita semua, mungkin ada satu benda yang akan mengingatkan kita pada seseorang yang telah pergi buat selamanya.Bila terlihat benda itu, terus kita teringat orang itu.
Begitulah juga buat aku yang kerdil ini.


Masa kecil dahulu, ayah selalu memancing ikan ditepi sungai bernam berhampiran rumah kami dulu. Bila makan tengahari kami terhidang ikan belukang kering, ini bermakna ayah dapat banyak ikan pada semalam hari.



Kenangan memancing ikan disungai bernam bersama krew menu alam tv alhijrah


Ikan belukang ini juga merupakan lauk keluarga kami ketika ayah tidak berduit pada minggu tertentu terutamanya dipertengahan bulan. Jika ayah dapat banyak ikan belukang, dia pasti akan buat ikan belukang kering untuk dijual di kampong sebelah sana sejauh 15 km dari rumah. Begitulah cara ayah membersarkan anak2nya didunia semasa dia didunia dahulu.


Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Ikan belukang masin sudah tidak lagi kelihatan di kawasan aku duduk di puchong ini.Jika dulu kalau berlaukkan ikan masin / kering, itu tanda ayah bujetnya agak ketat untuk membeli ikan2 segar lain. Tapi sekarang, siapa dapat makan ikan kering/masin , itulah heaven baginya.




melawat mahligai apak suatu ketika dulu ketika masih baru pemergiannya.

 Itulah ayah yang tidak pernah mengeluh dengan ujian kesempitan wang buat besarkan anak2nya. Ini kerana ayah tahu, ujian ini semua sudah tertulis untuknya dan bersangka baik dengan setiap ketentuan menjadikan kami membesar dengan penuh kasih sayang dan dalam lindunganNya.


Wallahuaklam
Jauh sudah kukembara
jom visit my showroom @ 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.