Hospital SALAM, antara cita-cita dan air mata



BMF
Ketika musim covid19 ini, ramai terkesan dengan musibah yang melanda sehingga ramai yang terpaksa dibuang kerja dek kerana syarikat-syarikat mula membuang pekerja demi survival.

Bila ini berlaku,maka ramai rakyat kita sudah tidak ada income tetap setiap bulan dan pastinya akan memberi kesan sampingan terhadap pendapatan keluarga. Kita doakan agar negara kita ini terus tabah menghadapi ujian Allah ini untuk kita melakarkan kejayaan di masa hadapan.Ameen.

Itulah juga yang mungkin terjadi kepada hospital2 swasta di negara kita ketika ini. Disebabkan keadaan ekonomi yang parah ketika ini, pihak hospital swasta juga terkesan juga dan beban tugas kini beralih ke hospital kerajaan. Ini semua disebabkan rakyat mula memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos kesihatan dikala mereka sudah tidak ada pekerjaan tetap begini.

Semoga Hospital Salam di seksyen 19 seperti pada video diatas mampu menghadapi situasi mencabar dikala ini agar menjadi contoh kepada bangsa kita yang lain bahawa kita juga mampu terbang jauh dalam perniagaan yang besar dan mencabar.

Wallahuaklam
 Semaikan budaya berniaga kepada generasi kita @


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.