Tanah itu dibuka ketika kita masih dipangkuan ibunda

Kenangan mengusik jiwa
Indah sungguh negara kita. Tanah subur dan menghijau menjadikan negara kita ni mempunyai banyak sumber ekonomi yang boleh menjana pendapatan buat negara bangsa. 


Terkenang aku dengan adik mak yang merantau hingga ke Gunung Besaut sana kerana mendapat tawaran tanah rancangan Felda. Ketika itu umur aku pun masih kecil dan tidak mengerti apa2 , sedar2 achik nor sudah tidak ada lagi di kampong. 


Setelah aku dewasa sikit, aku pun pergi menjengok achik di felda besout sana. Jauhnya dari jalan utama kedalam , hanya Tuhan yang tahu. Turun bukit naik bukit , dekat sejam lebih untuk menyampaikan ke kawasan felda besout itu.  


Ketika itu, rumah felda semuanya sama patern jer. Rumah kayu dengan saiz yang sama. Suasana panas kerana pokok2 semua ditebang untuk membina penempatan baru itu. 





kenangan rumah felda 70,80,90an


 
Bila tonton video diatas ini, fikiran terus bergerak kebelakang menuju ke tarikh dimana aku pergi mengadap achik disana. Apa yang digambarkan dalam video ini memang tepat dan itulah kehidupan awal di tanah felda dulu.


Kini ramai orang2 kita disana sudah jauh keluar dari zon miskin. Mereka kini sudah bergelar usahawan, kontraktor dan sebagainya dan rumah2 asal mereka sudah kelihatan kerana sudah dibangunkan dengan rekaan yang terkini.


Cuma yang menjadi masalah disana adalah, ramai anak2 kita ketagihan dadah. Itu yang amat membimbangkan. Musuh2 kita tidak pernah senang melihat bangsa kita berjaya dan hebat.


Semoga perkongsian ini dapat menyuntik rasa sayang pada tanah air ini dan kita bangunkan tanah2 kita agar ianya menjadi nadi buat generasi kita akan datang.

wallahuaklam

Jadilah kita bangsa berniaga


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.