Gaji dari lendir lelaki ...

Rezeki buat mereka ujian besar buat kita.
Diberitakan bahawa terdapat lebih ratusan ribu anak luar nikah yang dilahirkan di tanah melayu kita ini. Bukan sedikit anak jumlah ini dan ianya meningkat saban tahun dan ini merunsingkan kita.


Banyak pusat2 asuhan baik yang di kelolakan oleh kerajaan mahupun swasta, yang menjaga anak2 tidak saf taraf ini dan pasti ianya agak membebankan juga buat yang terlibat.


Semuanya ini adalah bahana oleh nafsu yang tidak diiring dengan agama didalam dirinya termasuklah diri aku ini juga. Nafsu syahwat ini bukan mudah untuk kita didik ditambah pula dengan teknologi yang mengancam iman kita setiap hari.


Bangladesh: The Prostitutes of Daulatdia | ARTE Documentary


Video diatas ini adalah kejadian yang berlaku di negara Bangladesh yang 95% nya adalah muslim. Bagaimana sebuah negara yang penguatkuasaannya yang lemah sehingga mampu melahirkan sebuah perkampongan pelacur yang mana anak2 yang ada disitu tidak diketahui status nya.

Negara kita belum memasuki fasa mengiktiraf pekerjaan menjadi pelacur itu sebagai sebuah pekerjaan. Tapi musuh2 kita akan sentiasa suburkan nafsu kita dan memarakkan lagi syahwat kita untuk kita terjerumus dalam lembah hina ini.

Bila ramai anak2 luar nikah ada di pasaran, akhirnya akan terlahirlah sebuah entiti yang sebegini yang menganggap pelacuran adalah sekadar sebuah pekerjaan.

Dari situlah, masyarakat kita akan menjadi lemah dan terus diperlekehkan oleh bangsa lain atas kerana tiada lagi roh islam menunjangi hidup kita umat melayu ini. Nauzubillah.

Percayalah, selagi ada misi kita iaitu 'mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikkan' , insyaAllah pertolongan Allah akan sentiasa datang kedalam masyarakat kita seterusnya.


wallahuaklam
jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.