World most donation

Agama kita
Sebenarnya agama islam telah memberi solusi terhadap kemaslahatan masyarakat terutama dari segi sosio-ekonomi bagi sesebuah negara.



Negara mampu diperintah tanpa perlu cukai yang berbagai jenis, cukuplah dengan zakat dan juga cukai jizyah (untuk orang bukan islam yang bernaung didalam negara islam)



Dalam zakat itu ada hak untuk 8 asnaf yang mana ianya meliputi hampir keseluruhan manusia dalam sesebuah negara itu. Inilah aturan yang Allah tetapkan dan sesungguhnya Allah tahu keperluan mausia dalam mentadbir sesebuah negara. 


WORLDS BIGGEST DONATION | NAS DAILY

 

Dalam video diatas, nas daily berjaya menyampaikan dengan terang apa disebalik sebuah zakat itu. Walaupun nas ini lebih kuat liberal nya, tapi dalam bab ini dia berjaya kupaskan kesan disebalik zakat itu.

Dan aku juga agak teruja dengan cara penerangannya yang penuh fakta dan pengertian, yang mampu bawa kita lebih mengerti kenapa zakat itu menyuburkan ekonomi dalam sebuah negara.

Bertuahlah kita kerana Allah pilih kita dalam islam ini. Dan lagi bertuah kepada yang sentiasa dapat hulurkan zakat setiap tahun kerana itu adalah tanda anda amat bersyukur dengan rezeki yang diberi.


Wallahuaklam
jauh sudah kita teralpa

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.