Kena draconian baru berjaya kot!
Throwback!
Negaraku
Kenapa lockdown China berjaya? Kenapa lockdown Italy dilihat tidak membantu Kerana China buat Lockdown Draconian Kematian di Italy dah mencecah 4000 orang. Jumlah kes dah nak hampir cecah 50, 000 orang. Ada penambahan 5,986 kes hari ini di Italy.
Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegini tiba ke negara kita. Dan China hari ini menggesa kepada seluruh dunia untuk ikut cara mereka berjaya menewaskan Covid-19. Ya, lockdown China ialah kuarantin paling ganas, paling draconian, paling diktator dan keras dalam sejarah mana-mana kuarantin dalam sejarah. China sendiri kritik gaya lockdown Italy yang kalau aku baca, yang aku dapati aku dapati takde beza pun dengan Perintah Kawalan Pengerakan kita.
China bagitahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! China bantai anak muda, wanita, hatta orang tua yang degil tak mau duduk rumah. Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah ia. Kalau perlu untuk pasang banner yang menyindir paling dalam di serata tempat, maka buatlah!
China telah paksa setiap kapitalis-kapitalis yang degil tak mahu tutup syarikat dan kilang mereka supaya bungkam. Tak lama, sebulan jer duduk diam. Sebulan rugi tak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian. Kenapa lockdown draconian ni perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Grafi yang menegak memuncak tu perlu diratakan. Dan betapa setiap manusia menjangkiti kepada 2.5 orang disekitar mereka.
Kalau dah sampai ke 10 generasi jangkitan, makanya jumlah kiraan dijangka 3000 orang akan berjangkit daripada seorang manusia sahaja! Bayangkan lebih daripada seorang lagi dengan ada rekod 10 generasi jangkitan yang lain? Nak lawan ni, kena pastikan semua orang duduk rumah, jangan keluar langsung! Sosial antara manusia perlu dihentikan!
Italy terlalu berlembut dalam lockdown mereka. Italy membenarkan pengangkutan awam berjalan seperti biasa. Italy membenarkan orang bersesak-sesak di supermarket, takde social distancing, dan rakyat Italy terlalu manja. Baru buat lockdown sikit, rakyat deme lari balik kampung macam orang Malaysia. Kapitalism, Individualism, atau nak panggil apa sahaja berkaitan dengannya sedang membunuh Eropah dan US, dan juga negara kita dalam melawan Covid-19.
Kalau buat macam China, Eropah dan US akan menelan segala tohmahan mereka ke atas China yang dianggap melanggar hak asasi manusia, dan mencabul kehormatan masa awal lockdown. Tapi tak apa, kali ini, jilatlah ludah kamu balik wahai US dan Eropah. Apalah sangat jilat ludah-ludah kalian kalau dapat menyelamatkan nyawa manusia.
Di luar China, US dah cecah 18,121, dengan penambahan dalam 4000 kes hari ini! Jerman dah hampir mencapai 20, 000 kes dengan penambahan hari ini dalam 5,986 orang! Sepanyol dah cecah lebih 20, 000 dah kes hari ini. China yang selepas angka 80, 000 dah tak ada penambahan angka terlalu kritikal telah menggesa kepada dunia, inilah masanya untuk lupakan seketika segala ideologi woke, SJW dan liberal yang sedang dianut oleh negara-negara ini.
Sementara seluruh dunia sedang bergelut, di Wuhan, setiap bangunan mereka merayakan kejayaan mereka menentang Covid-19. "Wuhan sudah menang!" China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan US nak lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka kena jadi macam China! Buat lockdown paling draconian dalam sejarah mereka!
Abaikan sejenak ideologi hak asasi individu, kebebasan mereka. Kerana ada kalanya, kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik. Nasib tamadun manusia bergantung pada tangan-tangan pemimpin negara ini. Dan negara kita, abaikan apa DAP dan Anwar Ibrahim cakap. Bagus, kerah tentera untuk pastikan rakyat kita duduk dalam rumah.
Kalau boleh, heret FRU sekali turun. Kalau boleh, pancut air, baling gas pemedih mata kepada mereka yang degil berkumpul. Kita harus jadi draconian macam China kalau nak selamat!
Helmi Effendy
wallahuaklam
jauh sudah kufikirkan
ps: Bila dah berjaya dlm mengawal covid19, kerajaan china jangan lagi menginaya kaum uighur di Turkistan Timur.
Tiada ulasan