negaraku
Kisah PKP awal dulu.Membimbangkan
Throwback
Negaraku
Sungguh menakutkan kini apa yang berlaku dalam negara kita kini.
Perintah perjalanan terhad sudah dikeluarkan kepada rakyat malaysia
agar mengurangkan pergerakkan semua aktiviti luar sehingga hujung
bulan nanti.
Tadi ramai orang melakukan pembelian panik yang menyebabkan pasaraya
dipenuhi orang yang membeli dengan keadaan yang amat tergesa2. Sampai
aku pun jadi panik juga dibuatnya seolah2 esok nak samput raya sampai
semua barangan basah habis diborong oleh para pelanggan.
Di kedai speedmart tpt aku tadi, sampai bergaduh2 kat kedai sebab berebut
stock makanan yang masih tersisa disitu.
Menakutkan bila lihat perkembangan
sebegini sebab biasa kita tengok ianya berlaku diluar negara. Kini berlaku
depan mata kita pula. Allahurabbi.
Kepada sahabat2 semua, jaga diri bebaik dan jaga keluarga elok2. Musibah ini
pertama kali berlaku ketika hayat aku ini. Musibah ini bukan kecil anak untuk
kita abaikan.
Allah sedang menunjukkan kehebatanNya bahawa Dia mampu
lakukan apa sahaja kepada dunia ini jika Dia mahu dan kini Allah turunkan
wabak pandemik ini untuk kita merasa takut akan azab yang diturunkan
tanpa kenal siapa kita baik yang jahat mahupun yang beriman.
Wabak ini dah masuk fasa kedua gelombangnya.
Biasanya gelombang kedua ini
lebih tinggi risikonya kerana ia sudah pergi merata tempat diseluruh dunia.
Tawakkal2 juga, tapi peringatan dan nasihat perlu diambil kira kerana Allah
dah beri ilmu kepada kita bagaimana untuk mencegah penularan wabak ini
kelebih ramai manusia.
Solat jumaat juga dibatalkan buat 2 minggu ini dan hendaklah kita takuti
adakah Allah sudah bosan dengan kita hambaNya yang banyak dosa?
'Tiada pertolongan yang lebih tinggi selain pertolongan dari Allah'.
YaAllah, ampunkan dosa2 kami dan janganlah uji kami dengan perkara yang
tidak mampu kami pikuli'
wallahuaklam
jauh sudah wabak ini mengembara
16/3/2020 : 11:00pm
Tiada ulasan