Umany juga mohon maaf, tarik balik artikel mengenai peranan Agong
Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) hari ini memohon maaf
daripada Yang di-Pertuan Agong dan menarik balik kenyataan yang
mempersoalkan kuasa Seri Paduka Baginda yang disiarkan pada 30 Oktober
lalu di media sosial.
"Selepas merujuk kepada nasihat daripada
ahli-ahli pakar perlembagaan, pihak Umany telah membuat keputusan untuk
menarik balik kenyataan bertajuk YDPA Should Not Interfere in National
Affairs yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa
Inggeris Umany pada 30 Oktober 2020.
"Pihak Umany ingin
menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia
serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan.
"Selain
menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak Umany ingin secara khususnya
mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan
pemahaman kami terhadap perlembagaan," kata Umany dalam satu kenyataan.
Umany sedang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan
Multimedia selepas Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung
kenyataan itu.
Sehubungan itu, Umnay mendesak polis untuk menghentikan segala siasatan terhadap ahlinya.
"Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.
“Kita
menuntut pihak polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan
di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli Umany dan menggesa
kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim ini, yang menyekat
kebebasan bersuara," katanya.
Umany turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan solidariti.
Polis menyiasat kumpulan pelajar itu bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Siasatan
itu dibuat susulan kenyataan kumpulan berkenaan pada 30 Okt berkaitan
keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan darurat seperti
dicadangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bekas presiden Umany, Wong Yan Ke akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Wong ditangkap polis pada 7 Nov ketika polis melakukan serbuan ke atas penggantinya, Yap Wen Qing, di Petaling Jaya.
Peguamnya Chong Kar Yan, yang berada di tempat kejadian, berkata anak
guamnya itu ditahan kerana cuba merakam video anggota polis ketika
kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd
Faisal sebelum ini memberitahu Wong ditahan kerana menghalang tugas
penjawat awam.
HArap pihak polis ajar puak2 ni macamana nak duduk Malaysia dengan aman dan harmoni. Kalau mereka ini masih degil, gunakan akta2 yang ada utk hilangkan mereka dari bumi ni.
wallahuaklam
Jauh sudah ku angin.
Tiada ulasan