China masih angkuh dengan kuasanya. Hancur lah mereka yaAllah


 BEIJING: Seorang doktor etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China memaksa tahanan 'pusat latihan' Xinjiang yang beragama Islam memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Sayragul Sauytbay, dalam temu bual dengan Al Jazeera, berkata kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana mereka tahu ia adalah hari yang suci untuk umat Islam dan pemakanan bahkan menyentuh babi dilarang sama sekali dalam Islam.

"Jika anda enggan patuh arahan supaya makan daging babi, maka anda akan menerima hukuman yang keras sebagai tindakan disiplin.

"Strategi ini sengaja dipilih bagi memalukan dan menghina tahanan apabila setiap kali mereka dipaksa makan daging babi.

"Sukar bagi membayangkan perasaan saya setiap kali terpaksa makan babi, terasa seperti orang lain dan rasa kaku, sukar untuk saya menerimanya," katanya.


Selepas membocorkan rahsia kekejaman di kem tahanan terbabit, beliau melarikan diri ke Kazakhstan tetapi dinafikan suaka politik dan China memfailkan permohonan ekstradisi bagi membawanya pulang.

Sauytbay, seorang pakar klinikal dan guru, bagaimanapun berjaya berhijrah ke Sweden, selepas menerima suaka politik bersama keluarganya.

Beliau mendedahkan kisah di dalam 'kem latihan' itu dalam sebuah buku, termasuk menceritakan mengenai kes tahanan dipukul, dicabul secara seksual dan dipaksa tinggal dalam persekitaran kotor.

Malah, penindasan terhadap penduduk etnik Islam Uighur di Xinjiang tidak hanya terhad kepada budaya dan agama, sebaiknya turut menyasarkan struktur sosial masyarakat menerusi 'kem latihan' yang ditubuhkan sejak 2017.

Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz, yang banyak membuat kajian mengenai etnik Uighur, memberitahu Al Jazeera bahawa China kini turut memperluaskan dasar sekularisme.

Sebagai contoh, katanya, China mengembangkan industri penternakan babi dengan matlamat menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar sedangkan hampir 90 peratus penduduk setempat beragama Islam.

"Terdapat ladang ternakan babi di Kashgar, selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun dalam kawasan seluas 25,000 meter persegi.

"Malah, projek ini, yang dilancarkan atas alasan mahu memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi, sengaja diumumkan pada 23 April tahun ini iaitu ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa.

"Ini amat nyata bahawa kerajaan China berniat menyerang budaya, amalan agama dan cara hidup masyarakat setempat, sekali gus mendorong mereka memilih ideologi sosialis," katanya. - AGENSI

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.