agama
Fahaman ini sedang menular dalam negara kita
Agama kita
Kini banyak fahaman2 menyeleweng sedang berlegaran didalam negara kita ini. Ada fahaman sesat seperti nabi dan rasul palsu, ajaran ayah pin yang karut itu, fahaman syiah dan juga wahabi.
Negara kita ini lebih dikenali dengan fahaman Ahli sunnah waljamaah dimana kita berada dalam lingkungan 4 mazhab besar dunia iaitu maliki,hanafi,hambali dan juga shafie. Negara kita banyak menggunakan kaedah imam Syafie dalam perkara fiqah sementara dalam bab tauhid kita terarah kepada assyairah dan matudiriah.
Dalam video ini , pernah terjadi dizaman pemerintahan khalifah dulu yang cuba mempengaruhi pihak pemerintah (muktazilah) agar fahaman mereka menjadi tunjang pemerintahan negara. Dengan berkat ilmu daripada Imam Syafie, beliau cuba mengatasi fahaman salah ini dari berleluasa di dalam empayar ketika itu.
Aku juga dulu sukar untuk memahaminya berkenaan Alquran samada ianya makhluk ataupun kalam Allah. Diharapkan video ini dapat memberi penjelasan disebalik kekeliruan ini.
wallahuaklam
Jauh sudah ku tersasar
Tiada ulasan