othman wok : Berhati2 dengan pengkhianat bangsa kita.
Negaraku
Moga tidak mati hina.Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura
terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak
membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan
menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip
Anwar mahupun Mat Sabu terus memperdayakan Melayu agar memberi undi
kepada sekutu kuasa politik orang Cina.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu
agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang
mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini
soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah
orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad.
Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan
ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga
mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Manusia Yang Bernama OTHMAN WOK
Kerana begitu membenci ketuanan melayu dibumi sendiri, akhirnya dia pergi dengan ditinggalkan anak cucunya terkapai2 mencari diri.Video diatas mencermin sikap othman wok dan apa dia dapat setelah mempertahankan kerajaan LKY tersebut.
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat
Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah,
Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS
aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama
dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim,
Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob
Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya
membenci UMNO dan Tunku.
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan
Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon
UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan
kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya
tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita
itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan
menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai
pengkhianat bangsa Melayu.
Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini
beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah
dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan
menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah
melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di
letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau
menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi
menteri kabinet Kuan Yew.
Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling
top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah
seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu
moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita
yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di
sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di
tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu
seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.
Tiada ulasan