Sebuah perjalanan yang panjang....
Kenangan mengusik jiwa
Bila tengok anak2 aku ketika kecil ini teringat zaman aku kecil dulu. 10 adik beradik membesar bersama ayah dan ibu dalam keadaan seadanya. Ayah bertugas sebagai buruh am disekolah cina dengan gaji seadanya menongkah hidup dengan pelbagai cabaran dan ujian.
Ketika itu ayah banyak melakukan kerja2 sampingan untuk menyara keluarganya dan yang aku ingat adalah, ayah menjual ikan kering ikan duri dikampong kelahirannya. Aku sebagai anak sulong banyak merasai pengalaman warna warni hidup bersama keluarga ini.
Kerana itulah aku tidak malu untuk berniaga walau cuma menjual ikan kering dan sebagainya. Walaupun tidak se gah kawan2 yang lain yang berjawatan tinggi di atas sana, tapi aku cukup bersyukur kerana masih ada rezeki yang halal dibalik bau masam ikan jualan aku itu.
Aku ingin ucapkan jutaan terimakasih pada semua rakan2 ku disini yang sentiasa support dan doa buat bisnes kecil aku ini. Aku nak berniaga kapal terbang ataupun pelantar minyak aku tidak mampu dan tiada pengetahuan. Jadi dengan hanya menjual ikan2 murahan begini dapatlah menyambung kehidupan kami sekeluarga didunia sementara ini.
Itulah realiti kehidupan kita didunia ini dan aku pasti ramai ayah2 yang ada di tanah air kita ini juga sependapat dengan aku.Bukan mudah utk memikul amanah Allah tapi percayalah Allah akan berikan amanah ini kepada insan2 yang mampu memikulnya.InsyaAllah.
Ingin merasai produk2 yang ada dijual dikedai shopee aku? Senarai seperti dibawah ini dengan klik pada nama produk tersebut.
Sambal ikan bilis rangup modayu
Dengan sokongan dari kalian semua, dapatlah aku bangkit segera untuk majukan ummah kita yang sedang ketinggalan diketika ini. InsyAllah
Tiada ulasan