Alex furgeson patut sedar dengan siapa dia berkata.



 Fisabilillah
Kita bukan lekeh.

Islam tidak sahaja sebagai agama yang bersifat rahmatan lil alamin seperti yang digunakan pada moto parti pan, agama kita ini juga telah melahirkan ramai pahlawan2 yang memastikan ISLAM dapat disebarkan walau apa yang terjadi.

Jika pihak kerajaan2 lama mempunyai pahlawan2 yang gemilang yang mampu menakluk dunia seperti gengis khan, alexander the great dan sebagainya, ISLAM juga berjaya melahirkan ramai perwira yang memastikan dakwah islam tidak diperlecehkan dan di ganggu gugat.


Video diatas ini berjaya mempersembahkan bagaimana kepahlawanan kerajaan sebelum islam itu menguasai dunia tapi yang lebih ditakuti pula adalah pahlawan muslim yang lahir dari bumi arab yang gersang itu.

Diera moden ini, tidak nampak sangat kepahlawanan muslim terutama pada ketika ini. Kita terpaksa melihat negara mana yang dikuasai oleh orang islam yang mampu untuk memberi tekanan kepada pihak musuh yang cuba untuk memperlekehkan agama suci ini.


Dalam dunia sukan terutama dunia boxing, kita ada seorang yang sentiasa taat kepada ajaran dan juga panduan yang diajarkan kepada nya. Mereka boleh membantai dirinya diatas pentas sukan tapi jangan sekali korang usik bab2 agama islam ini. 

Itulah prinsip seorang pahlawan islam yang mana dia berjuang bukan utk kepentingan diri sendiri tapi perjuangan para wira islam adalah demi menjaga dan menyebarkan kebaikan islam kepada semua.

Adakah akan lahir seorang lagi Khaled Al waled di zaman moden ini?

wallahuaklam
wira usahawan kecil @

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.