Orang utan juga ada pemimpin hebat mereka.


 negaraku
Negara kita bukan biasa-biasa.

Siapa kata negara kita ini tidak maju kehadapan. Banyak perkara yang telah dan sedang kita lakukan mendapat perhatian dunia. Sejak dari kita merdeka tahun 1957 hinggalah kini, kita tidak duduk diam begitu sahaja, negara kita tetap bergerak dengan cara kita sendiri.

Walaupun ditohmah dengan pelbagai perkara baik dari dalam dan juga luar negara, para pemimpin kita tetap memikirkan bagaimana untuk bawa negara jauh kehadapan.

Siapa sangka, syarikat Petronas telah bergerak jauh keseluruh pelusuk dunia sedangkan negara kita bukanlah pengeluar minyak besar dunia. Berkat pemikir dan kerjasama para pemimpin kita, kini nama Petronas setanding jenama dunia yang lain.

Inilah jalan yang di cuba dibawa oleh para pemimpin kita agar kekayaan dapat dirasa sesama rakyat jelata. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu menjaga kebajikan rakyatnya dan mampu membawa kita jauh bersama kehadapan sana.

Pernah pada zaman awal2 dulu kita berebut2 hendak menaiki bas mahupun kenderaan awam. Aku juga pernah mengalaminya dimana budak2 kecil pasti akan terkebelakng bila menaiki bas yang ramai ingin menaikinya. Tapi bila masa berubah, keadaan itu sudah hampir tiada , dan kita dengan sendirinya beratur tanpa perlu di suruh untuk menaiki kenderaan awam terutama bas dan juga keretapi.


Adakah kita sebuah negara yang teruk seperti yang digambarkan oleh para pemimpin pembangkang? Anda bolehlah rumus sendiri akan negara kita ini berdasarkan apa yang orang luar sana yang tidak dapat pada negera mereka itu.

wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.