Sampai bila kita terpaksa akur.?


 Dunia
Kita semakin di racuni?

Majoriti penduduk Malaysia kini sudah di vaksin dengan vacsin covid19 pada tahap 2 dose . Aku pun sama sudah menerima 2 dose vacsin yang di syaratkan oleh pihak kerajan buat ketika ini.

Selepas beberapa ketika, muncul pula varian baru covid19 yang diberi nama umicron. Virus baru dari keluarga covid19 ini dikatakan bermutasi dari virus biasa covid19 kepada virus yang diberi kod name umicron. Itulah yang diberitakan oleh massa ketika ini.


Aku pun terkadang terfikir betul ker semua kisah pasal virus baru ini. Adakah benar ianya bermutasi sebegitu rupa dan akibatnya kita perlu di vacsin banyak kali. Virus H1N1 , virus JE dan juga virus nipah yang dulu pernah menyerang kandang babi negara kita tidak pulak ianya bermuatasi sebegitu rupa. 

Kini kita dikehendaki pula untuk menerima dose penggalak pula dalam rangka untuk mengawal penularan wabak umicron ini. Terdengar pula baru2 ini ada lagi virus mutasi ini menjadi Deltacron pula. Maka bersedialah pula kita untuk dose ke 4 untuk melawan virus baru bermutasi tersebut.

Kini anak2 berumur 5 tahun keatas pula di galakkan ambil vacsin covid 19. Dalam keadaan majoriti umat manusia sudah divacsinkan terutama di Malaysia ini, kes harian tetap tinggi juga. Adakah vacsin tersebut berfungsi atau ada benda lain yang tidak kita ketahui sedang dirancang oleh tangan2 tertentu.


Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja, aku fikir kita sedang diatur sebegini rupa untuk satu grand design yang mungkin sedang dirancang oleh pihak2 tertentu. Untuk menjadikan perancangan itu berjaya,umat manusia perlu divacsin terlebih dahulu. BUkan satu negara, tapi satu dunia perlu di vacsinkan. Macam pelik pun ada , sehingga kini kes jangkitan tetap sama diseluruh dunia.


Terkadang terfikir, dengan SOP covid19 ini , solat masih dijarakkan safnya , jumlah kehadiran dihadkan, tapi stadium dibenarkan bersesak2, konsert mega di benarkan dimerata dunia termasuk di tanah arab sana. Itulah yang menghairankan aku sehingga kini.

Apa yang mereka sedang rancang itu kita pun tak pasti, cuma kita berserah sahaja kepada Allah agar sentiasa melindungi hambaNya dari fitnah dajjal.

wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

1 ulasan:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa | Dr.MCD
    Borgata Hotel 이천 출장안마 Casino & Spa 아산 출장샵 · Our Spa has been thrilling guests 군산 출장마사지 for over 15 years and we 서울특별 출장샵 are proud to 파주 출장안마 offer a unique, modern experience for guests.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.