Banyak perkara baik berjaya diangkat ketika PAS UMNO bersam dulu..


 Negaraku
Tiada yang lebih secocok melainkan MN

Kerana itulah kita tidak mahu UMNO dan  PAS berpecah lagi selepas MN. Sedihkan bila termeterai perjanjian setelah berkelahi puluhan tahun , dalam Muafakat Nasional, rakyat terutama umat melayu amat bersyukur bila mana 2 parti besar melayu ini bergabung semula.

Tapi kisah indah ini menjadi tidak lama. Tak sampai dua tahun sudah berpecah semula. Aku amat sedih dengan keadaan ini dan mereka dua parti ini kembali semula ke era sebelum ini dimana kau caci aku, aku caci engkau.

Siapa yang mengkhianati MN yang sudah jauh kembali bersama tapi dek kerana 'harta' rampasan perang, ada yang sudah lupa dengan muafakat tersebut.


Video2 ini yang aku kongsikan ini semuanya memaparkan betapa saling bergantungan antara satu sama lain cukup menguatkan iltizam utk angkat melayu dan ISLAM dibumi ini.


Hanya dua parti besar melayu ini yang mampu memandu antara hal dunia dan akhirat dalam satu perahu besar negara. Banyak manfaat yang terhasil dari gabungan 2 parti melayu ini.


Banyak perkara2 yang tidak elok dalam pentadbiran kerajaan berjaya di ketepikan dan dianjurkan banyak perkara kebaikan untuk kerajaan urus dengan baik dan tiada unsur arak dan judi dalam pentadiran negara.


Bagi aku ketika melihat PAS menghentam umno dalam PRN baru2 ini, rasa seperti sangat kecewa kerana impian kita selama ini yang sudah nyata termeterai persepakatan, akhirnya kita juga terpaksa terima keadaan yang muafakat itu hancur di tepi jalan begitu sahaja.

Kemana PAS hendak bawa umat melayu ketika ini? Bersama sang katakkah atau bagaimana?

wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.