Indah bila bersama walau berlainan agama

 

Negaraku

Hari ni hari terakhir anak den internship di Mercure Hotels KL bersama dgn rakan2 se politekniknya. Ada 5 kawan2 nya intern bersama dan hari ni semua pulang kepangkuan ibu ayah mereka di utara sana.

Menariknya adalah, 5 org yg intern bersama di hotel itu hanya anak den sorg jer melayu. 4 yg lain adalah sahabat berbangsa cina yg duduk di Penang, perlis dan kedah. Seronok plak aku lihat pergaulan sesama mereka yg berlainan bangsa.

Sahabat anak den sebelah tu dia kata pakciknya masuk islam dan berkahwin dgn gadis melayu. Alhamdulillah , itu yg bagusnya bila kita buka minda kita utk sentiasa terbuka dlm berkawan dgn semua orang.

Sementelah aku lama tidak practise ckp hokkien, hari ni aku ambil kesempatan bersama mereka di KL sentral ketika sesi berpisah tadi.

"Wa hokkien kong bo cun liau, bo lang ai kong, semua pengyu pun huanna". Cakap aku pada kawan anak den tu.

"Ok la uncle, lu hokkien cun kaliau, wa lespeck sama uncle, uncle kong sama amet ho ei ehiau kong sama". Jawab anak itu.

Inilah kekuatan rakyat malaysia bila kita bergaul bersama. Institusi pendidikkan memainkan peranan yg penting dlm merapatkan hubungan sesama rakyat berbilang bangsa. Bila dari kecil bermain belajar bersama , insyaAllah bila besar nanti tiada lagi prejudis sesama kita yg merosakkan negara.

Kita tidak perlu lagi terpekik2 mengatakan orang itu chauvanist, racist dan sebaginya. Ini semua terjadi dek kerana politik sempit dlm meraih sokongan murahan demi utk berkuasa. Yang menjadi mangsanya adalah kita dibawah ini.

Mcmana hendak menyampaikan islam yg indah andai setiap hari mengeji , mencaci sesama umat dan juga sesama rakyat. Kita bukan inginkan islam sebegitu. Politik biar tunjukkan ehsan dan akhlak agar musuh2 pun kagum dgn cara kita bersiasah.



Ketika jam sudah menunjukkan angka menghampiri pukul 7, sahabat anak den ni pun angkat bag kerana ETS nya sudah sampai. Sekejap masa berlalu, berkawan dari awal masuk di politeknik arau perlis sana, hinggalah intern di KL bersama2, aku dpt rasakan hubungan indah sesama mereka yg berlainan bangsa itu.

Aku sebagai ayah pulak yg lebih2 terasa...huhu. Hubungan sebegini aku pernah lalui semasa aku kecil dulu. Kawan2 semua org cina dari suku hokkien. Setiap hari mereka akan dtg berkerumun didepan rumah aku utk ajak main bersama dan dari situlah aku fasih berbahasa mereka. Tapi.... masa itu sudah tidak lagi hadir buat aku. Semua kawan2 cina ku dulu sudah tidak dapat lagi di temui kerana masing2 ada komitmen tersendiri.

Kita perlukan suasana hubungan akrab yg sebegini sesama rakyat. Kita tiada masa utk memandang serong dgn bangsa lain dinegara kita ini. Kita wajib serlahkan akhlak islam yg indah dalam meniti hubungan antara kita. Jangan dek sebab rakus berkuasa lalu tunjukkan sifat buruk kita dipentas dunia, aku khuatir akan ada kumpulan2 tertentu diluar agama kita yg memgambil peranan dlm menyebarkan agama mereka dgn misi tunjukkan akhlak yg baik kpd masyarakat setelah kita abaikan sifat dan akhlak terpuji yg dianjurkan oleh islam itu sendiri.

Semoga hubungan kalian terus kuat dimasa mendatang, dan semoga ada hidayah Allah dicampakkan pada sahabat2 kita yg belum islam ini dek asbab persahabatan kita dengan mereka insyaAllah.

Wallahiaklam
Jauh sudah ku rindui

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.