Politik biar cerdik jangan jadi pak turut yang merugikan

 

Salam edul adha
Bagan datuk jem teruk buat pertama kalinya.
Akhirnya BD mendpt limpahan dr hasil perancangan pemimpin yg berwawasan yg sentiasa memikirkan jalan keluar utk rakyat berdikari dan keluar dr jurang kemiskinan.


Inilah bezanya antara pemimpin yg pandai berpolitik berbanding pemimpin yg hari2 berpolitik. Dalam masa 10 tahun sahaja, pemimpin di BD berjaya tukar suasana kg yg terpencil menjadi sebuah pembandaran yg mampu berdiri sendiri.


Berbanding dgn negeri disana yg dihuni oleh pemimpin2 yg hari2 berpolitik, sudah melebihi 30 tahun berkuasa pun , negeri tersebut masih mengharapkan kerajaan persekutuan utk membayar gaji kakitangannya. Ini menunjukkan bahawa , puak2 ini hanya pandai berpolitik tp tidak pandai cerdik dlm memerintah. 30 tahun dengan suasana yg hampir sama sejak dulu lagi, cuma bezanya para exco dengan mercedes barunya masing2.


Ini juga menunjukkan bahawa, Allah tidak anugerahkan semua kepandaian kpd "ulamak2" yg kononnya pandai serba serbi. Walapun digelar ulama sekalipun, tak semestinya handal dlm bab menjalankan kerja2 pemerintah, pasti ianya tidak memberi manfaat kpd rakyat keseluruhannya.

Contoh spt di negeri atas angin sana, dikatakan para ulamak yg berkuasa disana, tp yg menjadi mangsanya adalah rakyat sendiri dimana peluang pekerjaan yg sgt terhad dgn skill gaji yg sgt rendah serta masalah sosial yg tinggi disana langsung tidak mencermjn negeri ulamak sebegitu.


Malaysia memerlukan para pemimpin yg fikirannya jauh lebih tajam dlm membangunkan masyarakat berbanding dengan para pemimpin yg hanya menggunakan agama demi kepentingan puak2 mereka sendiri. Kerana itulah bagi parlimen KT, MPnya telah dilucutkan jawatan kerana merasuah. Org kafir pun gelak shj bila lihat parti kononnya islam itu bersalah dlm bab rasuah..


Masihkah kita percaya dgn retorik lama ini.? Sudah lebih 30 tahun kita dimomokkan dgn kisah yg sama dr guru yg sama yg lebih bnyk memecahbelahkan umaah berbanding merapatkan saf buat kita semua.


Semoga Allah tunjukkan jalan keluar agar kita semua bersatu dalam segenap hal..insyaAllah
Selamat datang ke Bagan Datuk !!!
Wallahuakalm
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.