Ulamak ? atau ular dalam semak?


 Negaraku
Ini yang mereka ajar?

Tular satu poster online berkenaan dengan 'amanat' terbaru hj hadi al marangi kononnya memberi 3 amanat penting buat pengikut2 tegar dia.

Aku tidak terkejut dengan penyebaran amanat katanya palsu tersebut. Ini kerana sejak dari dulu lagi dibawah pentadbiran hj hadi almarangi ini , pas sudah semakin extreme dan hilang hala tuju nya. Sejak dulu lagi dibawah pentadbiran al-marangi ini, umat melayu berpecah belah yang jauh kedalam. Tak boleh difikirkan perpecahan ini sehingga melibatkan akidah seperti yang menjadi siulan pentabsub2 pas itu.


Aku fikir masuk tahun milliniu ini, pas sudah berubah mengikut peredaran masa, tapi rupanya aku salah. Dek kerana ketuanya masih orang yg sama sejak sebelum millinium, pendekatan yang dibawa kepada pas masih ditakuk yang sama. Pendekatan yang langsung tidak berubah, iaitu keji hina,fitnah caci maki, kutuk dan sebagainya masih lagi menjadi nadi buat parti atas nama isley itu.


Kalau kita tengok diKelantan yang diperintah lama oleh parti isley ini, rakyatnya terpaksa pergi jauh daripada kampung halaman untuk mencari rezeki. Nak jadi JAGA security pun belum tentu ada peluang disana. 

Kasihan pula bila berborak dengan seorang JAGA di masjid di sekitar sri damansara semalam. Kehidupan di negeri asalnya kelantan amat payah sehingga dia terpaksa bercerai lalu tinggalkan anak2 bersama bekas isterinya untuk mencari kehidupan lebih selesa di lembah kelang.

Abang JAGA itu juga berkata dia terpaksa keluar dari kampung halamannya atas faktor masalah sosial yang teruk di negeri wan kembey ini. Dadah, khalwat,zina, pil kuda dan sebagainya cukup kuat disana. Kalau tak kuat iman, pasti akan terjebak dalam kancah gejala sosial disana.


Kenapa ini berlaku disebalik laungan islam disana? Bagi aku ini adalah kerana parti PAS itu menggunakan islam demi kepentingan parti sepenuhnya dan bukan gunakan islam utk sebarkan kebaikkan buat rakyat semua. PAS bukan parti islam yang sebenar tapi ianya adalah parti isley yang jumud dan penuh kebencian terhadap musuh2 politk seagamanya.

Sedarlah wahai rakyat kelantan, kalian wajib keluar dari keselesaan yang fatamaorgana sebegini. Kalian tidak lagi boleh mengharap 'doa2' dari tuang-tuang guru yang mempergunakan agama demi kepentingan peribadi semata2.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menjauhkan kita dari ulamak2 bertopeng agama sebegini.

wallahuaklam
jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.