Negara memerlukan perkongsian ilmu tinggi dalam memandu negara


 Negaraku
Tahniah keduanya.

Politik matang
Terimakasih kpd ke2 ahli penal yg sudi berkongsi pentas utk memberi sedikit idea tentang hala tuju buat negara. Baik kpd rafizi dan juga sharil, anda hebat, tiada yg menang dan tiada yg kalah. Masing2 cuba memberi ulasan terbaik utk tatapan semua.

Perdebatan ni ibarat main bolasepak, serang menyerang, tahan bertahan dari serangan dan perbagai taktik digunakan utk memcapai kemenangan. Diatas padang tiada siapa yg boleh berdabik dada dia hebat dan sebagainya. Selagi masih dlm permainan, selagi itu HARAPAN boleh disandarkan.

Dalam bolasepak, jika kita boleh menyerang pihak lawan dlm misi mndptkan kemenangan, maka pihak lawan juga boleh menyerang kita dlm mereka menggapai kemenangan yg diidamkan. Masing2 akan serang menyerang sesama mereka utk merealisasikan hasrat mencapai kemenangan.

Andai kita sahaja yg boleh menyerang, dan pihak lawan dilarang menyerang balas, maka tiada keperluanlah utk perlawanan bolasepak itu diteruskan. Konon dlm team lawan ada Ronaldo, so kita hormat dia sbg guru bola, lalu biarlah dia serang kita dan jgn serang dia balik, itu sudah bukan main bolasepak lagi namanya, itu dipanggil shaulin soccer namanya.

Begitulah adatnya dlm setiap pertandingan, kalau kita hari2 boleh serang pihak lawan, maka jangan marah andai pihak lawan serang balik kita hari2. Sifirnya mudah, apa yg kita buat kat orang, sudah tentulah orang akan buat kat kita balik. Ibarat pepatah lama, "andai takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai".

Politik demokrasi adalah politik persepsi. Barang siapa yg boleh cipta lebih banyak persepsi yg dia baik dan lawan jahat, maka peluang dia utk menang adalah cerah. Jadi kedua belah pihak akan buat persepsi sebegitu dlm siri utk mencapai kemenangan dlm setiap pertandingan. Dia tiada istilah maksum dlm politik. Kalau kau sudah pijak lantai politik, maka bersedialah terima aturan game tersebut. Kalau rasa cepat koyak, maka jauhilah pertandingan sebegini dan buatlah perkara lain yg mungkin lebih bermanfaat buat diri kita.

Selagi kita masih bermain dlm politik demokrasi, maka terimalah segala pujian dan kejian dgn hati terbuka. 10 kejahatan lawan kita kongsikan dlm siri2 kempen2 kita, maka akan ada 20 serangan balas dr pihak lawan bercerita tentang kejahatan kita. Itu lumrah, samada kau alim, kau jahat, dan sebagainya, bila masuk pentas politik demokrasi, maka level kita jadi sama. Level yg mana kena bersedia utk dicerca dan dihina tanpa kira kau siapa.



Apapun tahniah kpd kedua ahli pendebat yg sudi berkongsi pentas malam tadi. Kita perlukan politik matang dan sejahtera sebegini, menambah ilmu dan mencambah ukhwah sesama kita. Politik matang dan sejahtera ni, bila menang dia tidak menang semua, dan andai kalah , dia tidak kalah semua. Berlapang dada dengan segala keadaan dan terimalah setiap keputusan dengan hati terbuka.

Wallahuaklam
Jauh sudah kufikirkan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.