Bangsa kita perlu di cabar...

Bangsa kita perlu dicabar.
Aku fikir, bangsa kita tidak mampu lagi duduk dlm kepompongan nya sendiri seperti yg biasa kita lakukan selama ini. Kita selama ini dipaksa duduk dlm kepompong sesama kita yang akhirnya bangsa kita tetap jauh tertinggal berbanding bangsa lain di dlm negara kita ini.

Selama ini kita dimomokkan dgn kisah itu dan ini kononnya bangsa kita akan ditindas dan akan tertinggal dlm arus pemodenan. Kita diminta utk terus dgn kepompong bangsa dan agama sendiri yg telah dianjurkan oleh parti2 politik berteraskan bangsa dan agama yg ada dlm negara kita, tp setelah lama kita dikepong dgn pemikiran sebegini, bangsa kita terus 'menikmati' kemiskinan yg sama dan mundur seperti itu juga.

Sekarang nak tak nak, kita perlu pecahkan kepompong yg selubungi pemikiran kita ini selama ini dalam menghasilkan hala tuju yg lebih berdaya saing. Kita sekarang perlu bersama 'musuh' yg selama ini menentang kita demi utk menjadikan bangsa melayu ini bangkit dan bersaing secara paksa demi survival masa depan. Kita perlu jalan lain pula dlm membangunkan bangsa kita ini. Jalan selamat yg kita lorongkan dulu tidak lagi boleh diselamatkan. Momokkan bangsa dap akan mengancam itu dan ini dan hanya parti2 melayu islam (pas,umno ppbm) shj yg mampu menyelamat negara sudah tidak memberi apa2 kebangkitan terutama dlm bangkit keluar dari dunia kemiskinan yg menyelubungi kita selama ini.

Nak tak nak, dap ini perlu kita jinakkan dlm bentuk bersaing secara sihat dari dalam 1 kumpulan. Kita tidak lagi mampu 'men3mbak' mereka dari luar, yg selama ini tembakan kita menjadikan mereka semakin kuat seperti pada hari ni. Ketakutan yg di bina oleh para pemimpin2 melayu terhadap dap kepada bangsa kita, tidak memberi apa2 nilai tambah pun pada bangsa kita ini. Realitinya, orang dap makin berjaya baik dlm ekonomi dan politik, tapi bangsa kita tetap menagih duit kopi sahaja dr para pemimpin2 ketika pada pilihanraya semata.

Bangsa kita perlu pecahkan kepompong palsu ciptaan para pemimpin parti2 melayu kita. Kita wajib kena bercampur dengan semua bangsa baik dalam apa juga situasi terutama ekonomi dan politik. Kita perlu paksa bangsa kita utk belajar dari luar kotak pemikiran bangsa kita dlm mengecapi sebuah kejayaan. Bangsa dap perlu dijadikan kawan dalam kita 'mendapatkan' ilmu dunia dan salam masa yg sama kita dpt sebarkan islam dgn lebih luas kpd bangsa mereka.

Jangan lagi kita percaya dgn naratif bangsa dap perlu dijauhj spt selama ini yg dimomokkan oleh pemimpin2 kita baik pas,ppbm,umno. Utk menghasilkan satu kejayaan buat bangsa kita, jalan yg sama selama ini tidak mampu menjayakannya. Kita perlu ada jalan lain yg lebih kompetitif dlm membina masa depan nusa bangsa.

Umno tidak lagi boleh duduk dlm gabungan kepompong Perikatan Nasional. Ini pastinya akan menjadikan bangsa kita tetap duduk kepompong lama yg hanya menghasilkan result yg sama pada bangsa kita ini.

Apa yg parti umno lakukan ketika ini adalah jalan terbaik dlm memberi satu jalan keluar buat bangsa ini dlm meniti arus masa kehadapan. Kita perlu ikut jalan lain pula utk mencapai kejayaan yg lebih dibanggakan..insyaAllah

Wallahualklam


 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.