Ibuku Pt 1 : Kita keluarga miskin bang !

 

Dihujung kampung di sekitar Sabak bernam Selangor sana terdapat sebuah keluarga cina yang hidup menumpang di tanah rezab sungai. Keluarga ini hidup dalam keadaan yang agak miskin dengan deretan anaknya yang ramai. 

'Anak kita sudah ramai bang,mana mungkin kita mampu menampung kesemua anak2 kita ini dengan keadaan kita yang miskin macamni'. Bicara nyonya yang ku panggil sebagai atok chin ketika melahirkan ibu aku kini ketika itu.

'Habis tu apa yang kita perlu lakukan sekarang sayang?'. jawab atok lelaki iaitu suami kepada atok chin.

'Sudahlah 3 anak kita diberi kepada orang lain untuk dijaga'. sambung atok lelaki itu dengan wajahnya yang agak suram.

Tiga anaknya sebelum ini sudah diberikan kepada keluarga lain untuk menjaganya dek kerana kemiskinan yang dihadapi keluarga besar ini. Dua anak lelakinya sudah diberikan kepada keluarga sebangsanya dikampung yang lain dan seorang anak perempuannya juga sudah diamanahkan kepada keluarga melayu di kawasan Bagan Datok sana.

'Ini anak perempuan kita yang kedua bang, yang kita jaga sekarang ada 3 orang itu pun makan tak makan jer kita setiap hari'. Rintih atok chin sambil menyusukan anak yang dalam pangkuannya itu.

gambar kenangan atok dan keluarganya

Keluarga atok chin ini hidup seadanya di ceruk kampung sana. Setiap hari beliau akan keluar rumah membantu suaminya sekadar yang mampu. Orang kampung disana cukup mengenali keluarga ini dan atok cukup mesra dengan mereka. Ini dapat dibuktikan dengan kepetahan atok chin berbahasa melayu yang cukup fasih sekali.

Atok chin sekeluarga adalah dari suku kaum Hokkien dan orang-orang cina ini dulu memang beranak ramai. keakraban atok chin bersama orang kampung banyak membantu keluarga terus hidup walaupun diceruk kampung sana yang jauh dari jiran-jiran.

'Abg fikir kita serahkan anak ini lagi kepada keluarga melayu di seberang sungai sana nak tak'. Kata atok laki itu ketika menepis-nepis lalat yang mengharung kopi yang dibuat oleh atok chin.

'Keluarga mana nak kita serahkan lagi bang, takut menyusahkan pula keluarga melayu itu nanti membela anak kita ini'. jawab atok chin dengan matanya sayu melihat anaknya yang baru dilahirkan itu. 

'Tak pa, esok abang cuba tanya-tanya ada tak sesiapa dari kawan abang yang sudi terima anak baru kita ini'. Atok lelaki seperti berat untuk menyusulkan cadangannya itu tapi apakan daya hendak beli susu anak pun dia tidak mampu ketika ini.

'Esok abang akan ke kampung seberang mencari hasil kampung dan sambil2 itu abang akan tanya ada tak yang sudi nak jaga anak kita ini seperti anak mereka sendiri'. Atok terus bangun dari kerusinya menuju ke tepi rumah untuk membersihkan persekitaran tempat kediamannya.

Atok chin hanya mampu berdiam diri walaupun berat hatinya untuk melepaskan anak perempuan yang baru dilahirkan itu. Kakak kepada anak barunya itu sudah setahun dijaga oleh keluarga angkat di kejauhan sana dan atok chin tetap rindukan anak perempuannya itu walaupun tidak lama menjaganya ketika lahir dulu.

Sungai ini memisahkan atok chin dan anaknya dulu

Esok atok laki hendak keseberang sungai sana untuk mencari keluarga angkat bagi anak barunya ini. Terasa berat atok chin hendak melepaskan anak yang comel itu. Belum lagi atok chin merasa untuk menjaga anak perempuannya sampai besar, tapi kerana kemiskinan, terpaksa atok chin lepaskan demi masa depan anaknya itu.

'Betul ke abang nak keseberang sungai sana mencari keluarga angkat untuk anak kita ini?'. Tanya atok chin kepada suaminya yang sedang mengemas dipersekitaran rumah nya itu.

'Yea sayang, abang akan kesana esok pagi, walaupun berat hati tapi demi masa depan anak kita ini, abang kena juga pergi'.  Sayup suara atok menjawab soalan isterinya itu.

'Tak boleh ker kita beri pada keluarga melayu depan jalan sana, senang kita nak jenguk dan lihat anak kita nanti bila rasa rindu'. Atok chin cuba untuk memancing harapan agar anak baru itu tidak terlalu jauh darinya jika diserahkan kepada keluarga angkat yang baru nanti.

Atok lelaki seperti terkejut dengan cadangan isterinya itu. Mungkin betul juga kata isterinya itu.... tapi..... (bersambung)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.