Kemana lagi harus kita pergi !

BMF 
Bantu Muslim First Kali ni, kita cuba bawa isu BMF yang lebih besar dan lebih global untuk kita fikirkan bersama2. 

Ini bukan isu masalah pendatang tanpa izin ataupun PATI, tapi apa yang kami cuba ketengahkan adalah isu kemanusiaan sejagat. Ianya melangkaui batas bangsa dan agama serta warna kulit. 

Kami berkesempatan untuk duduk bersama dengan pelarian2 dari bumi rakhine ini dan berkongsi cerita dari mulut insan yang mengalaminya sendiri. 

 Intipatinya adalah, umat islam wajib menjadi kaya dan kuat diserata dunia. Umat islam wajib membantu umat islam yang lain baik dalam perniagaan mahupun dalam arena politik tanahair dan antarabangsa. 

Bila kita lihat dalam siri kempen BMF ini, ianya bukan hanya tertumpu pada produk dalam negara kita sahaja, tapi jauh dari itu adalah untuk kemaslahatan ummah sedunia. 


Oleh itu, cuti2 ini dan tak kemana tu, boleh lah tonton video diatas untuk kita buka minda dan hati betapa BMF ini juga wajib dijadikan misi kita dalam memakmurkan dan mengamankan dunia akhir zaman ini..InsyaAllah. 

 Kongsikan pendapat anda disini.  

wallahuaklam 
jauh sudah kukembara 
www.dadiydoo.com



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.