share
Perangkap RIBA yang menyakitkan
BMF Buy Motocar Free (Free installment n riba).
Perangkap anda bermula disini. Gambar dibawah ini adalah contoh bagaimana syarikat2 kenderaan "menjual" produk2 mereka.
Berdasarkan bayaran installment ditulis dlm poster ini, seolah menggambarkan bahawa kita "mampu" memiliki kenderaan dibawah ini. Bayaran bulanan yg rendah dgn kenderaan yg baru. Tapi tahukan anda bhw jerangkap samar utk perdayakan kita bermula disini.
Bila kita memilih byrn bulanan rm400 sebulan, ini bermakna anda telah kehilangan gaji rm400 dr pendapatan bulanan anda. Andai gaji kita bersih rm3000 sebulan, tolak rm400 utk installment kenderaan ini. Dari kenderaan tersebut, anda perlu isi minyak pergi balik tpt kerja sebulan rm600, jadi anda sudah kehilangan rm1000 sebulan dr pendapatan bulanan.
Itu baru kereta, belum rumah makan dan sebagainya. Jadi dari situlah masalah2 lain akan muncul sedikit demi sedikit. Anda akan mula kerja partime, buat bisnes lepas waktu kerja dan dlm waktu kerja utk cover overhead bulanan hasil dr hutang2 yg anda pilih .
Bila ini berlaku, masa anda bersama keluarga semakin kurang, masa bersama masyarakat terutama di masjid surau akan berkurangan.. anda mula bersikap tamak demi utk memenuhi tuntutan hidup. Jika ada kesempatan utk menipu, mencuri dan sbgnya, anda akan lakukan kerana selagi ada income dr itu yg dpt cover hutang2 anda, pasti ianya berbaloi utk anda.
Anak2 pula mula membesar, agak terbiar disebabkan kesibukkan kita mencari income utk cover hitang piutang. Basikal lajak,rempit bohsia dan sebagainya, bermula disebabkan ketidakhadiran kita dirumah setiap masa. Ayah kita dikampong sana, hanya ada sebuah basikal tua, kehulu hilir dgn basikal kesayangannya, tapi masa dengan kita itu amat banyak.
Masa utk sarapan, makan tghari, solat bersama dan belajar ngaji dgn ayah adalah rutin harian kita di kampong sana Kenapa ayah kita ada banyak masa dengan kita dulu? Kerana ayah tidak banyak hutang dan tidak suka berhutang utk perkara2 yg bukan keperluan dia. Ayah akan beli tunai apa dia kehendaki, jika belum mampu, ayah akan simpan duit2 itu sampailah ianya cukup.
Semua ni ayah kita lakukan, kerana dia tidak mahu terperangkap dlm kerimasan disebabkan riba itu. Benarlah kata Rasullullah saw bahawa " org berhutang ni siangnya hina ,malamnya gelisah"
Wallahuaklam
Jauh sudah kukembara
Www.dadiydoo.com
Tiada ulasan