Kenangan lama bila balik kekampong.


Raya tertangguh
Dengar cerita esok akan ada perjalanan besar2an menuju ke kampong halaman masing setelah terperangkap selama 3 bulan di rumah masing2. Yang timur akan kebarat dan yang utara akan keselatan. Seronoknya dapat pulang berhari raya bersama keluarga walaupun masuk 20 syawal.

Bila cerita kisah balik kampong ini, teringat aku sebuah video iklan raya TV3  seperti pada video di atas. Video tersebut penuh dengan aktiviti yang mengusik jiwa bila terkenang. Bermula dari balik ke kampong hinggalah pulang kebandar semula.

Semua orang ada kenangan raya nya masing2 kan. Teringat masa ayah bawa kami pulang ke kampong halamannya. Lebih kurang sama sahaja kisah seperti pada iklan itu cuma bezanya ayah takder kereta langsung. Hanya bus dan motor ayah sahaja membawa kami 10 adik beradik pulang berhari raya bersama atok dan nenek di kampong sana.

Kenangan lalu mengusik jiwa bila terkenang. YaAllah ampunkan lah ayah ku dan tempatkanlah dia ditaman syurgaMu.

Video dibawah ini cuma selingan lagu raya. Yang baju melayu biru tu adalah MB Perak ketika ini iaitu si peja. Tergedik2 dia menari erk sedangkan 2 penyanyi tu relak jer...kikkiki.. MB Perak ni terlampau seronok kot sebab dah boleh balik kampong dan dah tak sebumbung dengan geng dap .... legaa rasanya kan.



Teruskan perjalanan dan jangan pedulikan petualang.

wallahuaklam
Kita Bangsa Berniaga @
http://www.shopee.com.my/modayuhm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.