Masuk tv dulu2 geng....

Kisah lalu Malam ni kalau boring2 tak tau nak buat apa, dan tak tau nak kemana, apa kata korang semua lepak kat rumah jer. Jimat duit skit dan takderlah merayau tak tentu hala. 
 
 
Lani musim orang mabok langgar org. SO hati2 tau semua. Oklah sementara korang lepak2 kat rumah tu, tv pun cerita tak menarik, apa kata kita layan episod MENU ALAM dari TV alhijrah. Dalam siri ini , aku jadi Co-host bersama dengan chef Adam yang pengambaraannya dibuat di kampong aku sendiri di HUtan melintang Perak sana. 
 
 
Video ni pun video lama, saja jer nak share kot2 korang tak tau nak kemana malam2 sebegini. Inilah firstime aku kena interframe dengan TV alhijrah dan sekampong terasa bangga kerana aku berjaya mempromosikan kampong kecil aku di hujung benua sana. Boleh tonton aksi aku dan chef adam memancing ikan sembilang di sungai bernam pada link dibawah ini. 
 
 
Banyak aku belajar dari shooting bersama dengan krew2 tv Alhijrah ini sampai aku buat channel aku sendiri di Youtube. Aku bukanlah orang besar mcm artis2 itu. Cuma keinginan aku jer besar demi kemaslahatan umat kita dibumi pertiwi ini. 
 
 
Selamat menonton dan jangan lupa doakan aku agar di masukkan kesyurgaNya bersama kalian2 semua. Manalah tau nanti kat syurga bolehlah kita sembang panjang sambil kenangkan kisah kita didunia dahulu. 
 
 
wallahuaklam 
Kita bangsa berniaga @
https://www.shopee.com.my/modayuhm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.