Awas dengan orang2 berilmu sebegini.

Dunia
Mereka cuba ubah ISLAM mengikut nafsu mereka.
Kisah Adnan oktar mungkin anda sudah biasa mendengarnya atau ada sebilangan kita yang masih baru dengan nama tersebut.

Beliau ini ada orang turki yang mungkin lahir dizaman Kamal Attaturk yang Berjaya mengubah islam mengikut acuan barat dan juga musuh2 agama suci kita ini.Ketika zaman kamal attartuk, semua perkara berkenaan ISLAM cuba diubah sehingga azan pun dilaungkan dalam Bahasa Turki.

Ini bahayanya apabila ISLAM di jadikan barang mainan oleh insan2 yang dengki dengan agama benar ini. Kalau kita lihat dalam dunia ini, hanya islam yang menjadi sasaran puak2 yahudi dan nasara dan tidak pada agama2 yang lain.

Ini membuktikan bahawa dalam dunia ini, Allah takdirkan musuh2 ini berpakat untuk menghancurkan islam tapi semakin ditekan, semakin kuat ISLAM ini berdiri di persada dunia kini.



Inside the Weird World of Adnan Oktar's Islamic 'Feminist' Cult

Video diatas sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh pihak ketiga untuk melihat bagaimana adnan oktar berjaya membentuk dan menggunakan akalnya dalam memperdayakan wanita2 ini konon untuk menunjukkan inilah wanita islam yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah. Nauzubillah.

Pembongkaran pada video ini agak 18sx sikit, kerana wartawan ini diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana akademi Adnan Oktar membawa imej 'ISLAM MODEN' yang jauh menyimpang dari ISLAM sebenar.

Kepada wanita dan gadis2 diluar sana, jagalah diri dan peribadi serta perdalamkan ilmu islam didada agar tidak terpedaya dengan sendikit2 yang menyelewengkan ilmu demi kepentingan mereka sendiri.


Wallahuaklam
ISLAM sedang diubah2 oleh orientalis.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.