anak-anak
Ragam ibubapa yang menjengkelkan
Throwback
Guruku.
Kali ini kita tinggalkan kisah politik atok buat sementara waktu, sebab atok pun tengah pening mana satu nak dibuatnya. BUat kita semua berdebor2 jer nak tunggu bila pengumuman anak bulan nak kelihatan.
Ibubapa yang baik banyak membantu guru2
mengajar anak2 kita di sekolah
Semalam tular kisah seorang ibu membuli sorg ustazah yg kononya mendenda anaknya semasa sesi pembelajaran anaknya disekolah agama tersebut. Sudahlah sekolah itu terletak dalam kawasan kampong aku plak tu. BUat malu orang kg jer ibu ganas tak bertempat tu. Sudahlah kau hantar sekolah agama konon nak bagi anak tu pandai agama, tapi kau sebagai ibu yang tidak ada adab dan tidak ada ilmu bagaimana utk menguruskan anak2 agar pandai belajar.
Aku ni selalu perati peel penjaga terutama ibu2 ni yang hantar anak kesekolah agama mcm itu. Niat cukup murni untuk anak2 ini pandai agama dan sentiasa memantau perkembangan anak2 disitu. Tapi bila tengok pakaian ibu ketika hantar anak kesekolah agama tu,boleh mengancam syahwat dibuatnya. Baju lengan pendek, seluar seksi ketat melekat, tudung pun main sangkut je kat kepala. Dah tak tele plak dgn impian untuk melihat anak menjadi soleh/solehah tapi sang ibunya sekadar 'bertelanjang' dikhalayak ramai.
Untuk kes ustazah dipaksa merangkak tu, walaaupun dikatakan sudah berdamai, tapi malu sudah pun berparut. Semua benda nak kau viral mcm DS AS tu. Masa kau rakam tu, mmg kau rasa perbuatan kau tu mcm betul, lepas tu kau tular plak konon nakkan perhatian dunia supaya mereka semua sokong kau. Tapi kau rancang mcmtu, dan Allah juga merancang, sekarang 1 keluarga dan keturunan kau plak jadi bahan warganet.
Padan muka kau wahai ibu berseluar jean ketat melekat. Kerana itulah para daie2 dan ulamak2 dulu kala amat mementingkan adab dalam mencari ilmu. Rasulullah saw bersabda 'Aku tidak diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak '. Kepada sang ibu 'LTTE' tu, adalah lebih baik ajar sendiri anak2 tu dari hantar sekolah agama tu.
Kalau kau boleh ajar semua bab mcm tauhid,fekah, tajwid bacaan alquran, solat dan akhlak, adalah lebih baik uruskan dan buatlah kelas sebelah rumah. Senang kau nak pantau perkembangan anak kau dan juga senang anak kau nak dapat no 1 dlm kelas yg engkau buat sendiri tu. Tulisan ini tidak menggambarkan si penulis ini cool, tapi hot giler ni. Ada banyak ayat2 makian carutan yg penulis ini letak tepi meja.
Kalau tak kerana Allah, dah lama dah ayat2 digunapakai utk karangan BM kali ini..huuhu Ajarlah anak erti adab bersama guru. Hadiahkanlah sebatang rotan kepada guru2 untuk ajar anak kita erti menjadi ANAK MURID yg baik.
wallahuaklam
jauh sudah ku berduka
Tiada ulasan