Alhamdulillah, Channel aku kembali di tangan

 


Channel aku telah di godam dan kini dapat kembali.

Agak terkejut dengan kejadian yang menimpa aku baru2 ini dimana pada 6/1/2022 channel youtube dan email aku telah digodam oleh hackers antarabangsa. Tergamam dengan kejadian ini, aku cuba berusaha sedaya upaya utk dapatkan akaun google aku semula tapi agak sukar.

Allah merancang dan kita merancang, akhirnya Allah pulangkan semula akaun aku itu. Alhamdulillah.

Disini aku kongsikan bagaimana semua itu berlaku. Semoga menjadi panduan kita semua.


Inilah adalah email yang mula aku dapat kononnya hendak bekerjasama untuk projek voice over produk mereka di youtube. Aku pun dengan berbesar hati utk terima tawarannya itu. Kita pun tidak syak apa2 kerana ianya berkisar tentang projek di youtube.

Selepas itu, bila kita bersetuju dengan tawaran itu, dia reply dengan link seperti yang ditunjukkan diatas. Link dropbox mungkin tidak memberi apa2 bahaya pada akaun kita pada firasat aku. 

Dengan tanpa fikir lagi, aku pun tekan link tersebut. Ada 4 fail yang perlu aku muat turun , tapi akhirnya aku gagal dapat sebarang maklumat berkenaan dengan tawaran tersebut. Setelah penat menggodek link tersebut, aku pun log out dan terus tidur.

Esok paginya aku bangun, dan hendak cek email dan youtube aku, tiba2 aku 'ditendang' keluar dari channel aku sendiri. Cisss!!! sudah kena wa beb! 

Puas aku buat mcm2 untuk masuk kedalam akaun google aku yang dalamnya ada akaun youtube dan email. Dari pagi hingga kepetang menggodek, akhinya aku pasrah dan mula fikir biarlah ianya dirompak.


Dalam pada itu, ada sahabat beri nasihat untuk lawan penggodam tersebut. Dia suruh aku report kes ini di twitter youtube. Alamak aku akaun twitter pun tak der. So aku pun buat akaun baru di sana dan ikut arahan seterusnya.

Untuk kes kena hack sebegini, kita boleh up status di twitter dengan tag @teamyoutube ataupun @google .Aku tulis dalam english '@teamyoutube @google my youtube acct being hacked, please help me as soon as posibble.'

Dalam masa sejam dua, pihak @teamyoutube akan beri response untuk handle kes kita ini secara personal. Kita hanya ikut sahaja arahan yang pihak youtube berikan dalam sesi seterusnya dan insyaAllah akaun kita akan dapat semula.

Cuma di twitter, responce pihak2 tertentu agak cepat. Ada pihak yang menawarkan diri untuk bantu kita dalam hal sebegini tapi nasihat saya abaikan sahaja kerana pihak ketiga itu cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang melampau untuk kita dapat semula akaun yang di hack tersebut.

Setelah 4 hari berlalu, pihak google hantar email seterusnya untuk aku masuk semula ke akaun google aku dengan memasukkan kata kunci yang terakhir sebelum akaun aku dihack. Bila sahaja aku berjaya log in, aku rasa macam wahhh!!!! terimakasih Allah dan juga pihak google yang berjaya selesaikan kes aku dengan jayanya.

Itulah serba sedikit tentang bagaimana akaun aku di hack dan cara untuk mendapatkan semula akaun tersebut. Kepada kalian semua, berhati2 lah dengan email2 pelik yang menawarkan sesuatu yang menarik perhatian kita. Ini semua adalah jalan untuk mereka menggodam akaun kita itu.

wallahuaklam
Jauh sudah ku digodam



1 ulasan:

  1. rb88 Sports | TAB / Nba | TAB / TAB / Sbobet
    › rb88 › rb88 Rb88 rb88 Rb88 are the official and licensed sports jeetwin betting partner of the 10bet Betfair, Nba, Betfair, Betfair and more.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.